30.6.08

SIAPA MENANG? SIAPA UNTUNG?

kerajaan negeri Perak yang berpemimpinkan Ir.Nizar dan berkuasakan ahli kabinet.....Menteri Besar boneka dan sekadar poster sebagai memenuhi syarat undang-undang kanun Perak telah mengumumkan sasuatu hadiah yang sangat lah dinanti-nantikan oleh penduduk Perak terutamanya iaitu pegangan tanah untuk kampung-kampung baru di negeri Perak sebagai hak milik kekal kepada pemiliknya dengan perjanjian selama 999 tahun. penulis "amat berbesar hati" mendengarnya, dan sepatutnya orang Melayu yang lain pun menerimanya dengan hati yang terbuka dan berharap ianya juga akan di jalankan di Selangor pula......tetapi ianya hampa berlaka tiada reaksi dari orang Melayu berkenaan pekara ini, seolah olah pekara ini tidak pernah berlaku langsung........ sedarlah wahai Melayu ku bahawasanya mereka-meraka yang mendapat hak kepada tanah yang di berikan status milik ini bukan lah orang Melayu sedangkan tanah ini sepatutnya bertuankan dan dimiliki oleh orang Melayu.....diseluruh negeri Perak hampir 60,000 orang menduduki kampung baru dan 80 % penduduk kampun baru yang bakal mendapat hak milik tanah selama 999 tahun ini ialah Cina.....manakala bagi tanah kawasan Rancangan Kampung Tersusun pula 38 % yang bakal memilikinya ialah Cina dan 18 % India berjumlahkan 56% hak miliknya kepada bukan Melayu....jelas kini Melayu akan mula hilang dunianya sendiri kerana permainan tangan-tangan orang Melayu sendiri yang mendokong " pemimpin haram jadah".... "jangan lah dirintis lagi selepas ini hilangnya Tanah Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu kerana kita membiarkannya sahaja kini.....jangan ditangisi dan kecewa hati jika anak cucu kita satu hari nanti memaki kubur kita kerana mengadai tanah air untuk peninggalan kepada mereka......jangan juga rasa pedih hari jika cucu cicit kita menyirami kubur-kubur orang tuanya dengan air kencing bukan lagi air mawar kerana balasan untuk perjuangan kita untuk keuntungan bangsa lain di bumi sendiri......."

MAINAN POLITIK...NC UNISEL TERIMA AKIBAT!!!!!

Kerana mainan politik yang tidak matang daripada pihak yang sudah bergelar MB, penulis lihat MB ini seperti tunggul yang digerakkan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak sepatutnya campur tangan dalam negeri MB ini.....antara yang penulis tengok mencampuri urusan MB ini ialah MB Penang dan jugak bapaknya ahli parlimen Ipoh timur.... yang pasti penulis tengok dek kerana permainan politik orang bukan Melayu dalam urusan orang Melayu jadi banyak keputusan yang meminggirkan orang Melayu dan menindas orang Melayu itu sendiri dalam diam-diam.... dan yang "bodoh" orang-orang Melayu yang "konon-konon"nya ada kuasa ni tak sedar dia sedang diperkudakan dan dipergunakan orang "haram jadah" ni........ tak cukup dengan menghapuskan DEB di Penang, meluluskan projek BABI di Sepang, mengadakan meeting untuk mempersoalkan Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial, memberikan hak milik tanah orang Melayu dan Bumiputra kepada orang Bukan Melayu dan Bukan Bumiputra selama 999 tahun di Perak yang akan diikuti oleh Selangor dan macam-macam lagi pekara yang dilakukan dalam diam-diam dan pasti menggugat pribumi negara ini..... atas desakan "kumpulan haram jadah ini" NC Unisel telah dipecat serta merta bagi penulis walaupun diberikan tempoh sebulan untuk mengosongkan jawatannya tetapi diarahkan bercuti dengan serta-merta.... apa yang pasti kerusi NC Unisel bakal menjadi satu lagi kerusi boneka permainan "kumpulan haram jadah" selepas ini, samaada yang dilantik orang Melayu atau tidak yang pasti NC baru nanti pasti boneka mereka ini...jika dia orang Melayu pastinya dia adalah orang Melayu yang "bangang" seperti MB di Perak dan Selangor..... penulisan penulis kali ini agak kasar kerana ianya dituruti dengan emosi penulis yang sudah tidak tahan lagi melihat keadaan Melayu di permainkan oleh "kumpulan haram jadah" ini...walaupun penulis tidak nafikan "kumpulan haram jadah" ini ada juga orang Melayu didalam nya, tapi bagi penulis akhirnya nanti yang mendapat untung dan manafaat pasti "kumpulan haram jadah" ini sahaja ( dan pasti orang-orang Melayu didalamnya diketepikan). Prof. Datuk Mohd Razali Agus salah seorang yang telag menerima akibat mainan politik "kumpulan haram jadah" yang tidak ingin orang Melayu menguasai peringkat tertinggi sesuatu jawatan atau organisasi dan yang tidak boleh dibonekakan oleh mereka..... "-bila manusia sudah pandi menggunkan otak tanpa akal,orang lain pasti mudah menguasai dirinya-"

16.6.08

BLACK GOLD!!!!!

black gold! pertoleum! minyak! feul! adalah diantara perkataan yang merujuk kepada benda yang sama sahaja...kini masyarakat dunia sangat "busy" membincangkan topik mengenai pekara ini... di Malaysia sendiri tidak terkecuali cuma bermula Sabtu yang lalu topik reda seketika kerana rebet yang mula diberikan kepada mereka yang layak.... kenaikkan emas hitam ini juga telah didebatkan di dalam tv oleh Dato' Shahrir Samad, YB Salahuddin Ayob pada 10hb Jun 2008 jam jam 9.30mlm....(kepada yang termiss siaran langsung ni boleh lah search dekat Youtube tgk semula videonya.....ulas lah sendiri debat yang telah berlangsung ini...) topik yang hangat mengalahkan topik bola euro 08 ini mula menjadi topik pinggiran seketika (jangkaan penulis) kerana selepas habis rebet yang diperolehi masyarakat akan mula kembali mengatakan mengenainya termasuk lah dengan kenaikkan harga barang yang mendadak naik... Kerajaan memerintah menjadi tempat untuk melepaskan geram, tak puas hati, amarah, dan macam2 lagi, sedangkan bagi penulis yang sebenarnya patut menjadi sasaran untuk pekara semua ini ialah pemborong dan orang tengah yang bertangungjawab menaikkan harga dengan sesuka hati....siapa orang tengah dan pemborong-pemborong ini....ermmmmmm!!!! fikir-fikirkan lah....

10.6.08

Kenapa harga minyak cipta rekod?

MINYAK mentah di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mencatatkan rekod tertinggi kepada AS$139.12 (RM453.99) setong.

Harga itu meningkat berbanding di bawah AS$50 (RM163.15) setong pada permulaan tahun 2007 dan pada tahun ini melonjak sekitar 40 peratus daripada AS$95.98 (RM313.19) setong pada akhir tahun lalu.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, harga minyak pernah mencecah lebih AS$101.70 (RM331.85) pada April 1980 setahun selepas revolusi Iran.

Antara faktor yang menyebabkan harga minyak naik adalah kelemahan dolar dan dana.

Prestasi satu kombinasi lemah dalam aset-aset kelas lain serta ramalan kemampuan bekalan di bursa komoditi berjaya menarik kehadiran para pelabur dan dana spekulatif sekali gus memberi peningkatan sokongan untuk pasaran.

Insentif tambahan yang diperoleh pelabur adalah kelemahan dolar AS berbanding mata wang asing utama lain di mana komoditi yang dijual menggunakan mata wang dolar AS akan menjadi cukup murah.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang pernah mendakwa aktiviti spekulasi dan kelemahan dolar sebagai punca kenaikan minyak, telah menyatakan ia sedang meningkatkan bekalan minyak untuk mengimbangkan pasaran.

Arab Saudi iaitu pengeluar minyak terbesar dalam OPEC dijangka meningkatkan pengeluaran hampir kepada 9.5 juta tong setiap hari pada bulan depan berbanding 9.1 juta tong sehari pada Mei lalu.

Sebenarnya, OPEC tidak melakukan sebarang peningkatan pengeluaran secara rasmi sejak ia bermesyuarat pada September tahun lalu dan tidak merancang untuk mengadakan mesyuarat sehingga 9 September depan.

Beberapa penganalisis mempersoalkan sama ada OPEC mampu meningkatkan pengeluaran.

Sebahagian pihak berhujah bahawa terdapat bekalan minyak mencukupi dan teknologi yang lebih baik akan memastikan ia dikeluarkan dari perut bumi.

Bagaimanapun, pelbagai isu politik menghalang pengeluaran di kebanyakan lokasi simpanan minyak.

Pengeluaran minyak di Iraq terjejas sejak bertahun-tahun lalu berikutan sekatan dan perang.

Sekatan juga menghalang penerokaan minyak di Iran dan keganasan menjejaskan pengeluaran di Nigeria. Berikutan kesukaran mengeluarkan minyak dari perut bumi, harga tinggi telah melahirkan satu trend bahawa sumber-sumber asli hanya untuk kegunaan negara.

Pemilik-pemilik sumber asli itu kini berusaha untuk memastikan kekayaan itu hanya digunakan untuk negara mereka.

Beberapa anggota pengeluar minyak utama dalam OPEC kini sudah pun menghalang syarikat-syarikat minyak asing untuk beroperasi dalam kawasan simpanan minyak masing-masing.

Anggota bukan OPEC iaitu Rusia yang merupakan pengeksport minyak kedua terbesar dunia turut mengehadkan penglibatan syarikat asing di negaranya dalam aktiviti penerokaan minyak manakala pengeluarannya sudah tidak berkembang.

Terdapat bukti bahawa harga minyak tinggi sudah mula untuk mengurangkan permintaan.

Namun, pertumbuhan ekonomi di China dan negara-negara yang pesat membangun dijangka akan mengimbangi sebarang kesan kejatuhan permintaan di negara-negara maju.

Beberapa kerajaan di negara maju kini turut menimbangkan untuk mengurangkan cukai manakala negara-negara membangun yang bergelut dengan bebanan subsidi kini mula untuk mengurangkannya.

Walaupun jika terdapat minyak mentah yang banyak untuk memenuhi permintaan, ia tidak bermakna bahawa terdapat kemudahan mencukupi bagi menapis minyak seperti diesel dan petrol kerana terdapat kekurangan kemampuan menapis minyak.

Negara pengeluar tenaga utama dunia, AS sudah tidak membina sebuah pusat menapis minyak sejak berdekad-dekad lalu kerana berhadapan dengan isu seperti kekurangan minat untuk melabur dalam sektor yang tidak menguntungkan.

– Reuters

(petikan daripada akhbar KOSMO online 10 jun 2008)

NILAI!!

revo betul-betul rase semangat untuk menulis lagi mengenai perkataan yang satu ni, iaitu NILAI..... bukan NILAI, Negeri Sembilan yang revo maksudkan tetapi NILAI @ HARGA @ TARAF @ TAHAP dan lain-lain.... minggu lepas kebanyakkan rakyat Malaysia boleh dikatakan telah menjadi tidak waras seketika, meluahkan pendapat tanpa NILAI, menyuarakan rasa tidak puas hati merata-merata, mengambil kesempatan atas kenaikkan NILAI bahan api..... dikalangan mereka ini bagaikan tidak tadak menerima hakikat bahawa harga bahan api meningkat naik dengan mendadaknya terutama kepada mereka-mereka yang menyokong dan mendukung manisfesto pakatan rakyat kerana kebanyakkan mereka membuat anggapan kerajaan yang memerintah akan menjadi takut untuk menaikkan harga bahan api mahupun barang-barang lain, disebabkan pertambahan wakil mereka kerana kemenangan yang lebih pada tahun ini. revo secara peribadi memang tidak dapat jua menerima kenaikkan harga pertol dan diesel tetapi setelah mendapat penjelasan yang memuaskan revo menerima kenaikkan dengan hati yang terbuka dan berharap ianya akan turun secepat mungkin......walaupun NILAI bahan api telah meningkat naik dengan mendadaknya tetapi kerajaan telah membuat susulan dengan memberikan subsidi secara tunai setiap kali cukai jalan dibayar tidak kira sama ada motosikal atau motokar semuanya akan merasainya melainkan jika kenderaan pemilik berada dalam kumpulan kenderaan yang mempunyai NILAI yang lebih!!! kenderaan orang berada........ pernah kita terpikir berapa NILAI yang telah kita berikan tanpa sedar kepada rakyat Singapura, Thailand dan Indonesia terutamanya melalui urusan jualan bahan api di stesen-stesen. Kerajaan mengarahkan semua stesen minyak di Malaysia menjual minyak dengan harga subsidi, jika rakyat negara lain membeli di stesen tersebut jua mereka turut menikmati pemberian kerajaan walaupun mereka tidak layak walauun 1 sen.... kita masa untuk mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan keanaikkan harga minyak memberikan NILAI suara mereka dan lontarang rasa benci mereka. dimana mereka-mereka ini meletakkan NILAI pendapat mereka?? pasti kebanyakkan daripada mereka ini akan melabuhkannya di bahu-bahu jalan, jalan raya, lorong-lorong sambil mengadakan perhimpunan yang tidak tahu mana pangkal dan hujungnya......???? pandaikah orang seperti ini? berNILAIkah mereka-mereka ini? errmmmmm kita NILAI kan sendiri..........