"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," kata Anwar Ibrahim ketika berceramah di hadapan 100 orang pendengar di satu kawasan rumah pangsa, Jalan Bukit Kecil di Kuala Terengganu pada 8 Januari 2008.
Di hadapan 100 orang, Anwar berani cabar orang untuk meludahnya. Apakah nasib rakyat di Permatang Pauh cukup terbela sejak Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh 4 bulan yang lepas? Beranikah Anwar mencabar orang untuk meludahnya kerana berbohong untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September? Sekali lagi, Anwar datang ke Kuala Terengganu untuk berjanji dan terus berjanji. Meletakkan "ludah" sebagai pertaruhan andainya janji tidak ditepati.
Anwar menyatakan dalam ceramah pada malam 6 Januari 2008 di Kuala Terengganu bahawa dia baru sahaja pulang dari Turki dan terus ke Kuala Terengganu. Kerap benar Anwar berulang alik ke Turki. Bersembunyi dari liwat pun di kedutaan Turki. Tayyip Erdogan adalah Perdana Menteri Turki. Apakah Anwar pergi membela kebajikan rakyat di Turki? Atau merancang sesuatu dari Turki, hinggakan kumpulan Anwar Ibrahim dalam PAS pun sudah digelarkan sebagai "
team Erdogan", mengambil sempena nama Perdana Menteri Turki yang kerap ditemui oleh Anwar Ibrahim. Bukankah Turki, sebuah negara sekular? Anwar mahu mengambil model Turki dalam Pakatan Rakyat? Bolehkah Turki melawan cakap Amerika Syarikat dalam isu Palestin?
( di copy dari
http://anginperubahan.blogspot.com)