28.12.08
27.12.08
YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN MANGKAT..... AL-FATIHAH..
23.12.08
Empat replika babi yang dibuat daripada kertas, dibakar di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah hari ini, sebagai membantah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung kepala babi pada kain rentang Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris), Rabu lalu.
amukkan penternak-penternak babi satu ketika dahulu di Melaka apabila kerajaan mengumumkan babi-babi ternakan mereka perlu dihapuskan bagi mengawal penyebaran penyakit.
18.12.08
TUAN BABI YANG KURANG AJAR!!!
16.12.08
15.12.08
SYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA.
Datuk Sharir Samad yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna semalam mengumumkan bahawa harga minyak dalam negara akan mengalami penurunan untuk kai yang ketujuh dalam masa terdekat. Dengan penurunan ini harga minyak yang akan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia semakin rendah daripada harga sekarang iaitu 1.90 bagi petrol dan 1.80 bagi diesel. Syukur tidak terhingga kepada yang Maha Kuasa kerana melimpahi nikmat dan kesenangan kepada rakyat Malaysia. *** kenapa takde orang nak buat solat sujud syukur beramai-ramai tanda mensyukuri nikmat yang teah dilimpahi kepada kita. ( hanya berdoa dan meminta bila dalam kesusahan bila dan peroleh kesenangan lupa semuanya.)
AZIZAN NAK JUGA?
Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang merupakan Menteri Besar Kedah tidak mahu ketingglan untuk turut memilik kereta import bagi kegunaannya dan juga ahli exco. Walaupun hajatnya itu terpaksa ditangguhkan seketika kerana kerajaan negeri Kedah mengalami kekurangan wang untuk membeli kereta baru. Selepas meluluskan peternakan babi di Kedah yang menelan belanja jutaan ringgit kini beliau berhajat untuk membelanjakan jutaan ringgit lagi wang rakyat untuk pembelian kereta baru yang dulunya merupakan salah satu manifesto kerajaan untuk berjimat cermat dan menggunakan wang rakyat dengan baik dan hanya untuk rakyat.
CAMRY IDAMANKU!!
Toyota Camry 2.4 yang menjadi idaman kerajaan negeri Perak kini, lebih 2 juta dibelanjakan untuk membeli kereta ini! Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamluddin akhir tepaksa mengalah dengan kehendak dan nafsu sendiri serta rakan-rakan exco yang lain. Kerajaan negeri Perak yang dulu menjanjikan akan menggunakan duit rakyat hanya untuk rakyat dan tidak akan dibazirkan kepada pekara-pekara yang tidak penting kini membelanjakan tidak kurang daripada 2 JUTA ringgit untuk perbelanjaan pembelian kereta baru TOYOTA CAMRY sebanyak 16 biji bagi kegunaan exco dan dirinya sendiri.
13.12.08
BOGEL DEPAN ANWAR!!!!
Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3.12.08
BILA NAK PECAT MEREKA??
ZAID DIPECAT!!!
Zaid Ibrahim bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecat daripada UMNO semalam dan pemecatannya berkuatkuasa dengan serta merta.
Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan menghadiri perhimpunan parti pembangkang. Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini. Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA. Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.PETROL DAN DIESEL TURUN 10SEN LAGI...
Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.
Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.
Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.
Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.
Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.2.12.08
MUKHRIZ : TUTUP SEKOLAH VERNAKULAR!!!
Datuk Mukhriz Mahathir boleh dikenakan tuduhan menghasut apabila mencadangkan penutupan sekolah berpendidikan Cina dan Tamil semalam untuk menubuhkan sistem persekolah satu aliran. Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, sejak pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1971, seseorang yang mencadangkan penutupan sekolah vernakular pernah dikenakan tindakan seperti Utusan Malaysia pada tahun itu. (Petikan Malaysiakini) Katanya, beliau masih mendengar kenyataan mengenai konsep Ketuanan Melayu oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang telah mencalar hati orang Melayu, terutama Umno. Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, calon ketua Pemuda Umno itu berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin berkenaan menunjukkan "mereka tidak tahu apa-apa tentang sejarah kita dan mungkin mereka cuba berlagak untuk menjadi hero kepada masyarakat mereka". ( Petikan Malaysiakini)
27.11.08
PI MAI PI MAI TANG TU!!!
M.O.H.D.T.E.R.M.I.Z.I : saya mencadangkan : arak dijual di sudut agak tertutup dan papan tanda melarang jualan kepada umat Islam hendaklah dipaparkan dengan jelas, kaunter jualan hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam. Kaunter khas harus diwujudkan untuk jualan barangan bukan halal. MPK melarang jualan alkohol di premis-premis berikut: kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit, pasar mini, kedai ubat, restoran terbuka dan kiosk di stesen minyak. K.H.A.L.I.D : saya setuju dengan cadangan itu ini memberikan impak yang sangat baik kerana akan kuranglah orang-orang minum arak di tempat terbuka. D.A.P : aku bantah, tak boleh mesti jual juga. " babi pun nanti kita jual ditempat terbuka, supaya senang orang nak beli." (dalam hati) K.H.A.L.I.D : saya setuju juga......( menjawab dalam keadaan kepeningan). tapi kita akan cuba mengurangkan penjualan secara terbuka. D.S.A.I : tak boleh!! arak tak boleh dilarang untuk penjualan di Selangor.....jual je macam biasa tak pe....jangan main-main raja haji ni aku nak PM tau!!! K.H.A.L.I.D : saya setuju dengan cadangan tu kita jual macam biasa.....tapi cadangan untuk penjualan di tempat-tempat terbuka ni kita akan teruskan juga..........." dalam keadaan pening-pening lalat yang kena sembur dengan penyembur serangga" PAS: kita batal je lah usul ni...biar macam biasa....
22.11.08
Kini Lebih Murah Dari Dulu!!
Hari ini penduduk Malaysia (22hb november 2008) mendapat satu lagi berita yang luar biasa iaitu kemungkinan harga minyak diturunkan lagi daripada RM 2.00 (petrol ron 97) dan RM 1.90 (diesel dan petrol ron 92) sebanyak 15 sen. Penurunan ini menjadi harga semasa minyak di Malaysia ialah RM 1.85 ( ron97) dan RM1.75 ( diesel dan ron 92). Harga baru minyak ini menjadikan harga minyak semasa adalah lebih murah daripada harga asal sebelum kenaikkan mendadak harga minyak pada Jun lalu iaitu pada harga RM 1.92, murah 7 sen. Mungkinkah akan ada penurunan lagi pada tahun hadapan sama-sama kita doakan. Yang revo pasti akan ada suara-suara hebat daripada masyarakat sekeliling yang tidak pernah bersyukur selepas penurunan ini.
21.11.08
TAMBAH AHLI!!!!!
Tauke : Tuan Menteri Besar bagaimanakah caranya kita nak tambah ahli dan penduduk dinegeri kita yang AMAN ini dengan mudah dah pantas serta moden? MB : itu senang jer kita akan gunakan teknolgi moden untuk membina "kediaman" dan pengurusan nya....modal kecik pulangan besar pasti kita untung dan ramai penyokong? Tauke : semudah itu ke tuan MB.....hebat dan bernas sungguh MB ku ini.. YB : yang semudah itu sahaja..semudah A B dan C. Tauke : kita nak buat kat mana MB dan dari mana kita nak dapatkan ahli-ahli baru ni. YB : Kita dirikan di BUKIT SELAMBAU dan kita dapatkan baka-baka dari SEPANG Selangor! Tauke : berapa ramai tau berapa banyak ni YB. YB : berapa banyak lah....lebih kurang 40 ribu ekor ok tak.. Tauke : banyak tu YB sape nak makan??? YB : ade lah tu secret....nanti kita cerita lain.....sekarang cari tempat lain dulu sebab BUKIT SELAMBAU dah tak boleh orang dah bantah... A : !(*&^%@#$%*&^@#$%^&(*&^#$) ................Hebat lah YB...
19.11.08
SUDAH LAH TU Oiii
"" tol turun harga pulak ke....??? "" "" sudahh...tapi tak serupa politik la....TAK BOLEH NAIK PUN NAK NAIK...........SUDAH BOLEH TURUN PUN LAGI TAK MAHU TURUN TURUN!!!! ""