3.12.08

BILA NAK PECAT MEREKA??

Tan Lian Hoe (Ketua Wanita Gerakan) telah menyatakan dalam Persidangan Tahunan Parti Gerakan bahawa ''orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India.'' Tan Lian Hoe juga dengan nada sinis menyatakan selama ini parti Gerakan berada bawah telunjuk UMNO. Gerakan kononnya tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.
Chua Soi Lek (Timbalan Presiden MCA) ketika berucap di Subang Jaya pada 28 November 2008, menyatakan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak relevan hari ini dan telah ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda. Soi Lek berkata, konsep itu mungkin sesuai apabila ia dirangka sebelum kemerdekaan negara tetapi tidak lagi hari ini berikutan rakyat memberi isyarat jelas menerusi pilihan raya umum lalu.
Chew Mei Fun (Ketua Wanita MCA) ketika mempengerusikan dialog di Miri, pada 28 November menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Mei Fun menyokong kenyataan Chua Soi Lek bila berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia. Nampak benar, MCA tidak menghormati keputusan pemimpinnya yang terdahulu tentang perkongsian kuasa.
Kayveas juga dilaporkan berkata, PPP akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihanraya umum akan datang.
Wong Nai Chee berkata beliau bersetuju dengan desakan Kayveas supaya kerajaan meminda ISA. "Kerajaan perlu memindan peruntukan-peruntukan dalam ISA yang tidak sesuai dan yang sudah ketinggalan zaman, bagi mengelak ISA disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, dan memulihkan keyakinan terhadap kerajaan," tegasnya.

No comments: