16 September: Anwar sanggup ke Taiwan...Mustafa Ali kata takkan berlaku.
Makin dekat 16 September , makin kalut nampaknya ‘peserta-peserta larian menuju Putrjaya’. Paling menyerlah ialah bagaimana pembawa obor 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup membuat larian obor hingga ke Taiwan bagi mengejar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kini sedang mengikuti rombongan sambil belajar ke negara itu.
(petikan dari agendaily)......sambungan
13 september 2008 iaitu 3 hari sebelum tarikh yang digembar gemburkan oleh MP Permatang Pauh bahawa tarikh dimana dia akan membentuk kerajaan baru yang diketuai oleh dirinya sendiri. Nampaknya impian DSAI ini bakal menjadi impian seperti Mat Jenin dan Pak Pandir. Pelbagai usaha dan dilakukan untuk merealisasikan jua bertimbun duit telah di "selerakkan" untuk mendapatkan sokongan termasuk uasaha terbaru menghantar wakil untuk ke Taiwan untuk menjejaki MP-MP BN yang sedang mengadakan lawatan sambill belajar.
"angan-angan Mat Jenin DSAI kini semakin nyata hanya akan tinggal kenangan dan memori yang penuh dengan janji-janji manis"
Misi mustahil yang dilakukan DSAI ini hanya sekadar untuk menyedapkan hati pengikut-pengikutnya kerana tidak dapt mengotakan janji-janji manisnya yang sudah tersebar seantero dunia, hinggakan kata DSAI USA dan EROPAH telah bersiap sedia untuk memberikan dana kepada kerajaan pimpinannya kelak dengan membuat pelaburan yang melimpas ruah untuk dia.
"3 pahlawaan DSAI yang dihantar ke Taiwan untuk misi mustahil yang dikatakan hadir dengan kecok yang penuh dengan isi .Misi itu akan dikendalikan oleh Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh,pakar strategi parti itu yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution,Ahli Majlis Tertinggi PKR"
Disaat pening kepala semakin mencengkang di kepala memikirkan misi mustahil dan tarikh yang hanya berbaki 3 hari, 3 orang sekutu rapat DSAI ditahan ISA termasuk seorang MP Seputeh @ Sassy Girl @ Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin blogger Malaysia Today dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Ketiga-tiga mereka ditahan kerana memainkan isu perkauman yang boleh menggugat keteteraman awam dan juga menghasut. Apa yang pasti penahanan mereka ini dibuat selepas amaran telah diberikan telebih dahulu kepada semua yang bakal memainkan lagi isu perkauman, menghasut dan menggugat ketenteraman awam.
"3 yang ditahan termsuklah Raja Petra Kamaruddin (Malaysia Today), Teresa Kok (MP Seputeh) dan Tan Hoon Cheng (Sin Chew Daily)"
Pada tarikh 13hd hari anwar telah menerima 3 berita buruk, 3 kes dan juga 3 tanda-tanda yang di pasti tidak dapat membentuk kerajaan pada tarikh yang dicadangkan iaitu 3 hari dari sekarang pada 16hb.
No comments:
Post a Comment