27.12.08

YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN MANGKAT..... AL-FATIHAH..

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun. .
Tuanku Ja'afar yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 bermula 26 April 1994 hingga 25 April 1999 diputerakan di Klang, Selangor, pada 19 Julai 1922.Baginda merupakan putera kedua Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga 1933 dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1933 hingga 1944. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran ke Raffles College Singapura pada tahun 1941, tetapi ia terganggu apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.
Semasa pemerintahan Jepun, baginda berkhidmat sebagai pegawai di Pejabat Tanah, Seremban manakala dari 1946 hingga 1947, baginda bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Rembau, Negeri Sembilan.Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Ipoh dan Pegawai Daerah di Tampin, Negeri Sembilan. Tuanku Ja'afar meneruskan pengajian yang tertangguh disebabkan Perang Dunia Kedua, dengan memperoleh Ijazah Undang-undang LL.B di Universiti Nottingham, United Kingdom pada tahun 1951.
.
Semasa berada di Britain, baginda juga mengambil peluang untuk mengikuti beberapa kursus ikhtisas seperti Kursus Pentadbiran di Balliol College Oxford, Kursus Bidang Ekonomi dan Diplomat di Universiti Oxford. Sebagai seorang yang dinamik dan berfikiran luas, baginda telah diamanahkan menjawat beberapa tugas penting di luar negera; antaranya sebagai Kuasa Usaha Tanah Melayu di Washington, Amerika Syarikat dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tetap Persekutuan Tanah Melayu ke Bangsa Bangsa Bersatu di New York dari tahun 1957 hingga 1958.
Baginda juga berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama dan Kounselor di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Tanah Melayu di London, dan kemudian pada tahun 1958 hingga 1962 sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di London. Baginda dilantik sebagai Duta Malaysia di Republik Arab Bersatu yang beribu pejabat di Kaherah dari tahun 1963 hingga 1965 dan Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria dan Ghana dari tahun 1965–1967.
Tuanku Ja'afar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976 dan sering menggesa supaya mutu pendidikan negara dipertingkatkan.Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996).
Baginda pernah menerima Anugerah Pingat Keamanan Dunia Sri Chin Moy Centres International pada 11 Disember 2005 yang disampaikan oleh Sri Chin Moy yang mengasaskan pertubuhan antarabangsa itu sebagai menghargai sumbangan dan jasa baginda dalam kemajuan pendidikan, perkhidmatan awam, sukan, serta memartabatkan nama Negeri Sembilan dan Malaysia di mata dunia.
Tuanku Ja'afar dan keluarga juga turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan" kerana baginda sekeluarga meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar negara.Baginda meninggalkan Tuanku Ampuan, Tunku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, tiga putera dan tiga puteri iaitu Tunku Dara Naquiah, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Jawahir, Tunku Irinah dan Tunku Putera Nadzaruddin.

23.12.08

Empat replika babi yang dibuat daripada kertas, dibakar di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah hari ini, sebagai membantah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung kepala babi pada kain rentang Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris), Rabu lalu.

amukkan penternak-penternak babi satu ketika dahulu di Melaka apabila kerajaan mengumumkan babi-babi ternakan mereka perlu dihapuskan bagi mengawal penyebaran penyakit.

18.12.08

TUAN BABI YANG KURANG AJAR!!!

PEWARIS akan mengadakan Majlis Perjumpaan Orang Melayu (Islam) pada 20/12/2008 di Hotel Samudera Masjid Tanah Melaka. Banner-banner telah dinaikkan di sekitar kawasan Masjid Tanah untuk tujuan promosi dan menjemput semua orang Melayu untuk turut hadir di perjumpaan ini. Apa yang ada fikirkan bila melihat gambar ini? Siapa perlakunya? Adakah ini bukan kurang ajar? Siapa yang kurang ajar Babi atau Tuan Babi?
BABI punya Tuan BABI!!!

16.12.08

15.12.08

SYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA.

Datuk Sharir Samad yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna semalam mengumumkan bahawa harga minyak dalam negara akan mengalami penurunan untuk kai yang ketujuh dalam masa terdekat. Dengan penurunan ini harga minyak yang akan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia semakin rendah daripada harga sekarang iaitu 1.90 bagi petrol dan 1.80 bagi diesel. Syukur tidak terhingga kepada yang Maha Kuasa kerana melimpahi nikmat dan kesenangan kepada rakyat Malaysia. *** kenapa takde orang nak buat solat sujud syukur beramai-ramai tanda mensyukuri nikmat yang teah dilimpahi kepada kita. ( hanya berdoa dan meminta bila dalam kesusahan bila dan peroleh kesenangan lupa semuanya.)

AZIZAN NAK JUGA?

Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang merupakan Menteri Besar Kedah tidak mahu ketingglan untuk turut memilik kereta import bagi kegunaannya dan juga ahli exco. Walaupun hajatnya itu terpaksa ditangguhkan seketika kerana kerajaan negeri Kedah mengalami kekurangan wang untuk membeli kereta baru. Selepas meluluskan peternakan babi di Kedah yang menelan belanja jutaan ringgit kini beliau berhajat untuk membelanjakan jutaan ringgit lagi wang rakyat untuk pembelian kereta baru yang dulunya merupakan salah satu manifesto kerajaan untuk berjimat cermat dan menggunakan wang rakyat dengan baik dan hanya untuk rakyat.

CAMRY IDAMANKU!!

Toyota Camry 2.4 yang menjadi idaman kerajaan negeri Perak kini, lebih 2 juta dibelanjakan untuk membeli kereta ini! Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamluddin akhir tepaksa mengalah dengan kehendak dan nafsu sendiri serta rakan-rakan exco yang lain. Kerajaan negeri Perak yang dulu menjanjikan akan menggunakan duit rakyat hanya untuk rakyat dan tidak akan dibazirkan kepada pekara-pekara yang tidak penting kini membelanjakan tidak kurang daripada 2 JUTA ringgit untuk perbelanjaan pembelian kereta baru TOYOTA CAMRY sebanyak 16 biji bagi kegunaan exco dan dirinya sendiri.

Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh Anwar Ibarahim kini semakin bercelaru pendiriannya. Semua tindakan dan perancangan yang dilakukan oleh mereka kini tidak mendatangkan sebarang manafaat langsung kepada rakyat. Mereka kini sekadar menabur janji manis kepada rakyat dan menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan mereka walaupun di dalam keadaan negara yang sedang menghadapi krisis ekonomi dunia.
mungkin akan terkeluar alasan dan jawapan dari Nizar bahawa pembelian kereta bukan menggunakan duit rakyat pada satu hari nanti?

13.12.08

BOGEL DEPAN ANWAR!!!!

Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota.
Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi "gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”.
Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai "jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik".Ramlan berkata beliau pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu "supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid" tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih "berdiam diri".

3.12.08

BILA NAK PECAT MEREKA??

Tan Lian Hoe (Ketua Wanita Gerakan) telah menyatakan dalam Persidangan Tahunan Parti Gerakan bahawa ''orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India.'' Tan Lian Hoe juga dengan nada sinis menyatakan selama ini parti Gerakan berada bawah telunjuk UMNO. Gerakan kononnya tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.
Chua Soi Lek (Timbalan Presiden MCA) ketika berucap di Subang Jaya pada 28 November 2008, menyatakan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak relevan hari ini dan telah ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda. Soi Lek berkata, konsep itu mungkin sesuai apabila ia dirangka sebelum kemerdekaan negara tetapi tidak lagi hari ini berikutan rakyat memberi isyarat jelas menerusi pilihan raya umum lalu.
Chew Mei Fun (Ketua Wanita MCA) ketika mempengerusikan dialog di Miri, pada 28 November menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Mei Fun menyokong kenyataan Chua Soi Lek bila berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia. Nampak benar, MCA tidak menghormati keputusan pemimpinnya yang terdahulu tentang perkongsian kuasa.
Kayveas juga dilaporkan berkata, PPP akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihanraya umum akan datang.
Wong Nai Chee berkata beliau bersetuju dengan desakan Kayveas supaya kerajaan meminda ISA. "Kerajaan perlu memindan peruntukan-peruntukan dalam ISA yang tidak sesuai dan yang sudah ketinggalan zaman, bagi mengelak ISA disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, dan memulihkan keyakinan terhadap kerajaan," tegasnya.

ZAID DIPECAT!!!

Zaid Ibrahim bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecat daripada UMNO semalam dan pemecatannya berkuatkuasa dengan serta merta.

"Zaid dipecat kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan secara terang-terang menyokong pembangkang untuk menghapuskan ISA, dia juga telah mempertikaikan Ketuanan Melayu"
Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan menghadiri perhimpunan parti pembangkang. Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini. Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA. Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

PETROL DAN DIESEL TURUN 10SEN LAGI...

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

2.12.08

MUKHRIZ : TUTUP SEKOLAH VERNAKULAR!!!

Datuk Mukhriz Mahathir boleh dikenakan tuduhan menghasut apabila mencadangkan penutupan sekolah berpendidikan Cina dan Tamil semalam untuk menubuhkan sistem persekolah satu aliran. Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, sejak pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1971, seseorang yang mencadangkan penutupan sekolah vernakular pernah dikenakan tindakan seperti Utusan Malaysia pada tahun itu. (Petikan Malaysiakini) Katanya, beliau masih mendengar kenyataan mengenai konsep Ketuanan Melayu oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang telah mencalar hati orang Melayu, terutama Umno. Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, calon ketua Pemuda Umno itu berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin berkenaan menunjukkan "mereka tidak tahu apa-apa tentang sejarah kita dan mungkin mereka cuba berlagak untuk menjadi hero kepada masyarakat mereka". ( Petikan Malaysiakini)

"Isu sekolah tidak boleh dibangkitkan dan disentuh kata Kit Siang"
" Isu Ketuanan Melayu , agama Islam, Hak Keistimewaan, Kouta dan dll boleh pula dibincangkan secara meluas " " ada baiknya juga sekolah jenis kebangsaan ditutup semuanya dan diwujudkan sekolah satu aliran sahaja jika benar-benar mengharapkan perpaduan kaum."