"Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya. Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," kata Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 25 Februari 2009 di Dewan Rakyat. Tindakan Karpal melemparkan perkataan celaka dan tuduhan melulu adalah tidak bersesuaian dengan statusnya selaku seorang wakil rakyat dan pengamal undang-undang. Tuduhan Karpal ini menyerlahkan lagi sikap kurang ajar Karpal.
Sesudah mahu menyaman Sultan, meminta Anwar Ibrahim berhenti dan bertaubat, kali ini Karpal menuduh pula Pemuda UMNO pula sebagai dalang peluru. Malah lebih teruk daripada itu, Karpal menyamakan dirinya sebagai "King". Di Malaysia tidak ada "Singh is King", yang ada adalah Sultan Melayu. Jika tidak suka lagi menjadi warganegara Malaysia, maka Karpal boleh membuat pilihan untuk mencari negara yang lebih baik dari Malaysia. Orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR harus merasa malu memakai jenama Pakatan Rakyat bersama-sama dengan DAP yang diketuai oleh Karpal Singh ini. Entah-entah selepas ini masih ada lagi orang Melayu dalam Pakatan Rakyat yang mahu membela Karpal Singh. Kalau ada, apa jenis orang Melayu sebegini?
("artikel ini diambil daripada http://anginperubahan.blogspot.com")
No comments:
Post a Comment