10.9.09

PERKARA 3 - - - AMAN DAN DAMAI - - -

PERKARA 3. UGAMA BAGI PERSEKUTUAN. (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

  • Jika ugama lain yang diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan mencetuskan ketegangan dan kucar kacir, jadi masih biarkan sahaja ke?
  • Jika ugama lain menghina ugama persekutuan dan mencetuskan rasa kebencian dalam masyarakat, adakah masih aman dan damai, masih biarkan sahaja ke?
  • Jika azan yang dilaungkan 5 kali sehari di mana-mana bahagian persekutuan dipertikaikan walaupun Islam adalah ugama persekutuan dan mencetuskan ketegangan dalam masyarakat, adakah masih biarkan sahaja?
  • jika bunyi loceng dari kuil di pagi hari yang bising dan membingitkan kerana kedudukan kuil yang berdekatan dengan perumahan bukan orang hindu sudah mengganggu ketenteraman awam serta tidak lagi diamalkan dalam keadaan yang aman dan damai, masih biarkan sahaja ke?
  • Jika bunyi mercun, bau colok dan bunyi "drum" serta pekitkan suara bermain tarian singa/ tarian naga/ halau hantu/bagi makan orang dah mati/ bagi makan dewa/ minta ampun dosa etc sebenarnya diamalkan dalam keadaan yang menggangu keselesaan dan diamalkan dalam keadaan yang tidak aman dan damai, masih biarkan sahaja ke?
  • jika bunyi loceng hari ahad ( dan hari lain juga) sebab nak berdoa dengan jesus bising dan mengganggu orang awam yang lain ( yang tak sembahyang mintak ampun dengan jesus) serta menghalang lalulintas ( banyak gereja berkedudukan dalam kawasan bandar dan berdektan dengan jalan raya utama) masyarakat nak keluar berjalan-jalan di hujung minggu, dan mengakibatkan rasa marah dan tidak selesa orang lain serta tidak aman dan damai lagi keadaan semasa amalan nya, masih biarkan sahaja ke?
  • kerana mengheret kepala lembu dan memijaknya, 13 orang dihadapkan kemahkamah dan menunggu untuk didakwa serta dibicarakan! atas alasan menghina agama hindu yang menganggap lembu sebagai "ibu" atau "tuhan" mereka....mereka tak biarkan sahaja?
  • etc........perkara-perkara yang menghina ugama bagi persekutuan dan mengamalkan ugama-ugama lain dalam keadaan yang tidak aman dan damai.
  • MASIH BIARKAN SAHAJA...UGAMA PERSEKUTUAN ADALAH UGAMA ISLAM atau HINDU, BUDHA, KRISTIAN,AYAH PIN, YAHUDI ????????

LEMBU oh LEMBU

(Sang Lembu merenung masa depannya yang terjamin keselamatannya dalam negeri Selangor Darul Takbeer dengan kawalan rapi anggota keselamatan lengkap bersenjata)
Salam 2 all.
Surah yang pertama selepas Ummul Kitab Al Fatihah dikenali sebagai Surah Al Baqarah-iaitu Surah Lembu. Diceritakan bagaimana sepeninggalan Nabi Musa as menerima wahyu di Bukit Tursina, pengikutnya Bani Israel telah menjadikan anak lembu sebagai bahan sembahan setelah diperdaya oleh Samiri. ALLAH melaknat Bani Israel dan memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu, sebagai bukti keikhlasan mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan sembahan tersebut. Bani Israel akhirnya menyembelih seekor lembu sebagaimana yang diperintahkan ALLAH.
Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikn kategori manusia kepada 3 golongan. Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.
Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.
Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!
Hari ini, 12 orang Muslim diheret ke Mahkamah Shah Alam, atas tuduhan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan atas tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan sengaja melukakan perasaan penganut Hindu". Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.
Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis. Mereka ialah Jainudin Md Yusuff, Mohd Jurit Ramli, Mohammad Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Md Harun and Azhari Shaari. Kes mereka semua akan disebut semula 21.10.2009 depan. Ternyata mereka datang daripada kesemua parti politik orang Melayu-PAS, PKR dan UMNo. Ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah.
Episod kepala lembu ini menunjukkan betapa bangsa Melayu hari ini begitu mudah diperlembukan. Baik yang berkopiah, mahupun yang bersongkok. Samada yang berserban, mahupun yang bersampin. Demi kerana sebiji kepala lembu, bangsa Melayu memekik takbir mempertahankan hak lembu sehingga ketitisan darah lembu yang terakhir, mempertahankannya daripada ancaman keris-keris durjana.
Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan melampau para demonstran yang membawa kepala lembu dan memijaknya kerana membantah tindakan kerajaan Selangor mengarahkan pembinaan kuil besar di Seksyen 23 Shah Alam. Itu tindakan yang tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al Quran. Walaupun ada yang menyatakan tujuan membawa kepala lembu itu adalah untuk menunjukkan betapa bodoh MB dan beberapa pemimpin Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor, yang bertindak saperti lembu yang diperbodohkan, namun persepsi yang timbul jelas membawa kepada kemelut penghinaan kepada penganut agama Hindu yang mempertuhankan dan mempersucikan haiwan lambu ini.
Ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita. Mengapa tidak diambil jalan lain, contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor tersebut. Ada ramai peguam yang saya kira bersedia memberi khidmat untuk tujuan tersebut. Namun apa yang lebih penting, episod lembu ini telah diputarbelitkan dan digembar-gemburkan oleh banyak pihak termasuk dikalangan Pak Janggut dan Pak Keris sehingga isu sebenar pencerobohan tanah di Seksyen 23 untuk tujuan menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.
Dimana suara-suara Pak Janggut dan Pak Keris ini apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis. Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya. Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau. Mengapa Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap Jeff Ooi. Mengapa Jeff Ooi tidak dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan, mahupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan?
Mana dia suara para pejuang serban melilit dan Pak Janggut & Pak Keris, apabila dalam kes hukuman rotan terhadap Kartika Sri Dewi Syukarno, Majlis Peguam dengan angkuh memperlekeh hukum sebat bagi peminum arak beragama Islam. Kenyataan biadap Majlis Peguam, menghina hukum syara' dengan menyatakan hukuman sebat ini sebagai tidak berpeikemanusiaan dan zalim. Undang-undang Islam disamakan dengan hukuman barbarik. Tetapi Pak Serban dan Pak Janggut diam seribu bahasa.
Yang dihingar-bingarkan sikap kasar umat Islam semada dialog dengan MB Selangor pada Sabtu 15 Ramadhan 1430/ 05 Sept 2009. Yang diperbesarkan kata-kata kesat dan biadap orang Melayu dalam dialog itu. Tetapi kenyataan wakil Hindu semasa dialog tersebut menghina azan dengan biadap menyatakan azan lima kali sehari adalah satu gangguan langsung tidak dipedulikan, malah tiada tindakan pun dikenakan. Mana pergi suara Pak Janggut dalam hal ini saya pun tak tahu! Apa tindakan Peguam Negara langsung tidak kedengaran!
Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka. Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil. Si Pak Janggut lupa awal-awal surah Al Quran ALLAH menceritakan tentang penyembelihan terhadap lembu yang menjadi sembahan manusia kufur.
Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah. Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita. Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa!
Apa yang menghairankan, ,mengapa pulak umat Islam yang disuruh bertolak ansur. Mengapa langsung tiada suara dari Pak Janggut menasihatkan kaum Hindu supaya bertolak ansur. Seksyen 23 ada 337 keluarga, tidak sampai 40 beragama Hindu. Mengapa mereka tidak boleh bertolak ansur. Bukan kita menghalang mereka ber'ibadat. Masih banyak lagi kuil dan tempat 'ibadat yang mereka punyai.
Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!). Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka! Malahan tuhan patung hindu yang terbesar didunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor Darul Takbeer! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!?
Semasa saudara kita umat Islam membeli rumah di Seksyen 23, langsung tiada dalam pelan akan dibina kuil Hindu yang besar disitu. Saya cukup yakin kalau umat Islam tahu akan dibina sebuah kuil Hindu dalam kawasan perumahan mereka, sudah pasti ianya akan mempengaruhi keuputusan mereka untuk melabur ratusan ribu membeli rumah disitu. Tidak ada umat Islam, jika diberi pilihan, mahu tinggal dikawasan yang ada kuil Hindu, tokong, gereja atau lain-lain, apatah lagi yang mega dan yang besar. Saya cukup yakin umat Islam Seksyen 23 memilih melabur ratusan ribu membeli rumah disitu kerana tiadanya kuil, tokong atau gereja besar disitu. Kalaulah mereka tahu akan dibina kuil hindu besar disitu, sudah tentu mereka tidak akan melabur ratusan ribu membeli rumah di Seksyen 23!
Tetap hari ini kelihatan seolah-olah umat Islam di Seksyen 23 tiada hak langsung untuk bersuara, untuk hidup dalam keadaan aman harmoni, berdasarkan status quo mereka. Seolah-olah umat Islam yang bersalah kerana tidak berlaku 'adil, tidak mahu bertolak ansur untuk sebuah kuil besar dibina dikawasan kediaman mereka walaupun dalam pelan asal tidak ada pun ujud cadangan tapak pembinaan kuil. Malahan bantahan umat Islam diperlekehkan, dituduh tidak beradab, dihina sebagai golongan pelampau. Yang diperagungkan ialah kepala lembu!
Apabila melihat gambar lembu diatas, saya dapat bayangkan betapa lembu tersebut berasa aman damai kerana walaupun seekor, tetapi keselamatannya dijamin oleh anggota keselamatan yang lengkap bersenjata. Renungan tajam dan syahdu sang lembu jelas menujukkan keyakinan akan masa depannya di dalam negeri Selangor Darul Ehsan ini. Betapa dalam negeri Selangor ini, bukan sahaja keselamatannya terjamin, dia boleh pergi kedai runcit untuk order arak satu tong, dan pasti akan ada ahli mesyuarat kerajaan negeri yang akan mempertahankannya. Malahan akan ada Pak Janggut yang akan membaca ayat Quran untuk menjamin keselamatannya!
Tapi bila melihat gambar dibawah, sedih kita melihat umat Islam digiring (entah ke digari) saperti lembu masuk ke kandang OKT! Itulah nasib umat Islam dalam negerinya sendiri. Lembu yang mereka maksudkan sebagai lambang kebodohan dan kelembuan seorang pemimpin, kini diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain. Dan akhirnya, mereka disumbat kekandang dan diperlembukan!
Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini. Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!
Apalah nasib umat Islam, diperlembukan oleh kaum sendiri! Pak Janggut memaki Pak Keris, Pak Keris menempelak Pak Janggut, tapi yang akhirnya menjadi mangsa ialah umat Islam yang kerdil di Seksyen 23, yang hanya mampu melihat Pak Janggut dan Pak Keris bertelagah dan bertikam sesama sendiri. Gajah sama gajah bertandukan, lembu jugak yang menang!
Wassalam.
dipetik dari blog YB Zulkifli Nordin

9.9.09

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam dengan buluh runcing

Jabatan Penuntut Malaysia di sini hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.
Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.
Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.
Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.
Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.
Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.
Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.
Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.
Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

6.9.09

Terang Bulan

Terang Bulan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lagu Terang Bulan (ejaan asal/lama Trang Bulan) merupakan lagu yang diambil dari lagu kebesaran negeri Perak dan dijadikan popular oleh Begawan Indonesia, yang dipentaskan di Singapura sekitar 1920-an dan 1930-an. Lagu ini merupakan lagu kegemaran ramai penduduk

Perak ketika itu. Lagu ini pada asalnya merupakan rentak sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles.

Ketika Sultan Idris dari Perak melawat England pada 1888, ia disedari bahawa Perak tidak mempunyai lagu kebangsaan. Pembantu peribadi sultan (Aide-de-camp), Raja Mansur ibni Sultan Abdullah, enggan mengaku bahawa Perak tidak mempunyai lagu kebangsaan dan dengan itu membunyikan lagu yang didengarinya dari Seychelles, melodi yang asalnya ditulis oleh Pierre Jean de Beranger.

Selepas itu dia memberitahu Sultan mengenainya, dan Sultan memperkenankan lagu itu sebagai lagu kebangsaan Perak. Liriknya ditulis oleh Raja Ngah Manur bin Raja Abdullah.

Raja Muda Raja Abdullah telah menulis seni kata lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" yang disesuaikan dengan irama lagu Pierre Jean de Beranger dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan negara Malaysia, Lagu Negaraku.

Terang Bulan (lagu asal)

Terang bulan Terang bulan di kali Buaya timbul disangkalah mati Jangan percaya mulutlah lelaki Berani sumpah 'tapi takut mati Jangan percaya mulutlah lelaki Berani sumpah 'tapi takut mati

Waktu potong padi di tengah sawah Sambil bernyanyi riuh rendah Memotong padi semua orang Sedari pagi sampai petang

Waktu potong padi di tengah sawah Sambil bernyanyi riuh rendah Bersenang hati sambil bersuka Tolonglah kami bersama sama

Nota: Penulis lirik dan pencipta lagu tidak diketahui.