6.9.09

Terang Bulan

Terang Bulan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lagu Terang Bulan (ejaan asal/lama Trang Bulan) merupakan lagu yang diambil dari lagu kebesaran negeri Perak dan dijadikan popular oleh Begawan Indonesia, yang dipentaskan di Singapura sekitar 1920-an dan 1930-an. Lagu ini merupakan lagu kegemaran ramai penduduk

Perak ketika itu. Lagu ini pada asalnya merupakan rentak sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles.

Ketika Sultan Idris dari Perak melawat England pada 1888, ia disedari bahawa Perak tidak mempunyai lagu kebangsaan. Pembantu peribadi sultan (Aide-de-camp), Raja Mansur ibni Sultan Abdullah, enggan mengaku bahawa Perak tidak mempunyai lagu kebangsaan dan dengan itu membunyikan lagu yang didengarinya dari Seychelles, melodi yang asalnya ditulis oleh Pierre Jean de Beranger.

Selepas itu dia memberitahu Sultan mengenainya, dan Sultan memperkenankan lagu itu sebagai lagu kebangsaan Perak. Liriknya ditulis oleh Raja Ngah Manur bin Raja Abdullah.

Raja Muda Raja Abdullah telah menulis seni kata lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" yang disesuaikan dengan irama lagu Pierre Jean de Beranger dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan negara Malaysia, Lagu Negaraku.

Terang Bulan (lagu asal)

Terang bulan Terang bulan di kali Buaya timbul disangkalah mati Jangan percaya mulutlah lelaki Berani sumpah 'tapi takut mati Jangan percaya mulutlah lelaki Berani sumpah 'tapi takut mati

Waktu potong padi di tengah sawah Sambil bernyanyi riuh rendah Memotong padi semua orang Sedari pagi sampai petang

Waktu potong padi di tengah sawah Sambil bernyanyi riuh rendah Bersenang hati sambil bersuka Tolonglah kami bersama sama

Nota: Penulis lirik dan pencipta lagu tidak diketahui.

No comments: