29.5.09

CHIN PENG BUKAN RAKYAT MALAYSIA!!

Chin Peng adalah komunis yang menyebarkan fahaman komunisme!!!
Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya.
Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim, yang berkata Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam daerah Dinding.
Chin Peng di usia muda segak, sehat malahan gagah berani membunuh dan memberontak untuk merampas kuasa di Tanah Malayu bersama PKM.
Beliau berkata, daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang juga adalah tanah jajahan British.

"Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.

Terlalu ramai mangsa korban yang digugur menentang Komunis. Chin Peng bersama akhbar nostalgia yang memaparkan gambar beliau.

"Mengikut fakta sejarah itu, maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia. Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke negara ini atas dasar kemanusiaan kerana beliau bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara.

Gambar Askar British bersama senarai anggota PKM yang paling dikehendak dan Chin Peng berada di ranking no 1.

Kenyataan Teng itu menerima tentangan keras daripada pelbagai pihak terutama persatuan-persatuan bekas anggota polis dan tentera yang mana sanak-saudara dan rakan seperjuangan terbabit secara langsung dan menjadi mangsa kekejaman komunis terutama ketika era darurat antara 1948 hingga 1960.

Gambar sejarah bagaimana sistem pengangkutan keretapi Tanah Melayu satu ketika dahulu disabotaj oeh PKM yang turut mengakibatkan kematian dalam kemalangan ini!!
Cubaan Chin Peng untuk menetap di negara ini melalui sistem perundangan juga gagal dan ditolak mahkamah pada 30 April lalu.
"Kalau Chin Peng nak balik Britain mungkin tiada masalah. Tapi jika nak balik ke Malaysia, kena buktikan yang beliau rakyat Malaysia," katanya yang menegaskan ramai pihak beranggapan hanya orang Melayu yang dibunuh komunis semasa darurat sedangkan hakikatnya ramai Cina dan India yang turut dibunuh.
Beribu-ribu orang awam dan anggota pasukan keselamatan terbunuh semasa Chin Peng dan rakan-rakannya melancarkan perang gerila dari hutan dari 1948 sehingga kepada peletakan senjata mereka pada 1989.

Gambar PKM yang sememangnya ganas dan tidak berperikemanusia ketika memberontak. Membunuh penduduk tempatan dengan sesuka hati.
PERSOALANNYA KINI??
  • Apa faedahnya membawa pulang pemberontak atau komunis itu kembali ke Malaysia!!
  • Adakah hanya dengan membenarkan dia kembali dan tinggal di Malaysia, menunjukkan bahawa kita memaafkannya!!!
  • Benarkan dia telah insaf dan tidak lagi mendokong idealogi KOMUNISnya!!!
p/s :saranan REVO tengoklah kembali cerita BUKIT KEPONG lakonan Datuk Jins Shamsuddin kerana sedikit sebanyak kita dapat mengetahui bagaimana kejam dan tidak berperikemanusiaannya PKM membunuh penduduk tempatan dan juga anggota keselamatan terutamanya polis.

22.5.09

PILIHANRAYA KECIL KE KELANTAN PULA!!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung. Selepas Pilihanraya Kecil PENANTI DI PEMATANG PAUH akan menyusul pula PILIHANRAYA KECIL di DUN MANIK URAI KELANTAN... Dalam perbalahan menentukan Pimpinan tertinggi PAS pada 4-7 Jun, KELANTAN bakal menghadapi PILIHANRAYA KECIL ...

Dr Zambry....SAH MENTERI BESAR PERAK!!!!

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau mengetepikan perisytiharan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Persidangan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Raus Mohd Shariff bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, sebulat suara membuat keputusan itu selepas meneliti hujah lisan dan bertulis dikemukakan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham, peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah serta celahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Dengan keputysan terbaru ini, maka cita-cita Nizar Jamaluddin untuk kembali ke tampuk MB Perak tidak tercapai dan hanya tinggal kenangan. Apakah perancangan Nizar & the gang lagi selepas ini???