27.11.08

PI MAI PI MAI TANG TU!!!

M.O.H.D.T.E.R.M.I.Z.I : saya mencadangkan : bullet buttonarak dijual di sudut agak tertutup dan papan tanda melarang jualan kepada umat Islam hendaklah dipaparkan dengan jelas, bullet buttonkaunter jualan hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam. Kaunter khas harus diwujudkan untuk jualan barangan bukan halal. bullet buttonMPK melarang jualan alkohol di premis-premis berikut: kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit, pasar mini, kedai ubat, restoran terbuka dan kiosk di stesen minyak. K.H.A.L.I.D : saya setuju dengan cadangan itu ini memberikan impak yang sangat baik kerana akan kuranglah orang-orang minum arak di tempat terbuka. D.A.P : aku bantah, tak boleh mesti jual juga. " babi pun nanti kita jual ditempat terbuka, supaya senang orang nak beli." (dalam hati) K.H.A.L.I.D : saya setuju juga......( menjawab dalam keadaan kepeningan). tapi kita akan cuba mengurangkan penjualan secara terbuka. D.S.A.I : tak boleh!! arak tak boleh dilarang untuk penjualan di Selangor.....jual je macam biasa tak pe....jangan main-main raja haji ni aku nak PM tau!!! K.H.A.L.I.D : saya setuju dengan cadangan tu kita jual macam biasa.....tapi cadangan untuk penjualan di tempat-tempat terbuka ni kita akan teruskan juga..........." dalam keadaan pening-pening lalat yang kena sembur dengan penyembur serangga" PAS: kita batal je lah usul ni...biar macam biasa....

SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT HARI LAHIR PAK LAH....SEMOGA SNETIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T.......

22.11.08

Kini Lebih Murah Dari Dulu!!

Hari ini penduduk Malaysia (22hb november 2008) mendapat satu lagi berita yang luar biasa iaitu kemungkinan harga minyak diturunkan lagi daripada RM 2.00 (petrol ron 97) dan RM 1.90 (diesel dan petrol ron 92) sebanyak 15 sen. Penurunan ini menjadi harga semasa minyak di Malaysia ialah RM 1.85 ( ron97) dan RM1.75 ( diesel dan ron 92). Harga baru minyak ini menjadikan harga minyak semasa adalah lebih murah daripada harga asal sebelum kenaikkan mendadak harga minyak pada Jun lalu iaitu pada harga RM 1.92, murah 7 sen. Mungkinkah akan ada penurunan lagi pada tahun hadapan sama-sama kita doakan. Yang revo pasti akan ada suara-suara hebat daripada masyarakat sekeliling yang tidak pernah bersyukur selepas penurunan ini.

" alaaa....7 sen jer pun byk mana lah sangat" "huh!! 7 sen jer pun tu pun nak kecoh" " minyak buat ape, yang kitaorang nak turun harganya sakarang ni barang-barang lah" " ni semua kejap jer...tgk lah nanti kompom naik baliknya" "tu memang dah tugas kerajaan buat ape nak kecoh-kecoh" ' ayat-ayat yang mungkin akan berlegar-legar di telinga untuk memberikan komen'

21.11.08

TAMBAH AHLI!!!!!

Tauke : Tuan Menteri Besar bagaimanakah caranya kita nak tambah ahli dan penduduk dinegeri kita yang AMAN ini dengan mudah dah pantas serta moden? MB : itu senang jer kita akan gunakan teknolgi moden untuk membina "kediaman" dan pengurusan nya....modal kecik pulangan besar pasti kita untung dan ramai penyokong? Tauke : semudah itu ke tuan MB.....hebat dan bernas sungguh MB ku ini.. YB : yang semudah itu sahaja..semudah A B dan C. Tauke : kita nak buat kat mana MB dan dari mana kita nak dapatkan ahli-ahli baru ni. YB : Kita dirikan di BUKIT SELAMBAU dan kita dapatkan baka-baka dari SEPANG Selangor! Tauke : berapa ramai tau berapa banyak ni YB. YB : berapa banyak lah....lebih kurang 40 ribu ekor ok tak.. Tauke : banyak tu YB sape nak makan??? YB : ade lah tu secret....nanti kita cerita lain.....sekarang cari tempat lain dulu sebab BUKIT SELAMBAU dah tak boleh orang dah bantah... A : !(*&^%@#$%*&^@#$%^&(*&^#$) ................Hebat lah YB...

19.11.08

SUDAH LAH TU Oiii

"" tol turun harga pulak ke....??? "" "" sudahh...tapi tak serupa politik la....TAK BOLEH NAIK PUN NAK NAIK...........SUDAH BOLEH TURUN PUN LAGI TAK MAHU TURUN TURUN!!!! ""

13.11.08

KARYA KEKEJAMAN ISRAEL OLEH KARTUNIS BRAZIL..

BELANG....TERCALAR!!!!!!!

" Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) menyatakan yang dia tidak peduli dengan ugutan DAP untuk keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan kenaikkan kouta pemilikkan rumah di Kedah"
DAP Malaysia terutamanya dari Selangor yanag cuba menunjukkan belang kerakusannya mula tercalar bila "bertelingkah" dengan kerajaan negeri Kedah. Dek kerana ingin mencampuri urusan negeri lain DAP Selangor telah di"sound" oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana cuba mencampuri urusan orang lain.. Pertelingkahan itu disebabkan pengumuman kerajaan Negeri Kedah untuk meningkatkan kouta pemilikan rumah bagi bumiputra daripada 30 peratus kepada 50 peratus. DAP yang membuat bantahan kenaikkan kouta itu turut di sokong oleh Gerakan yang tidak bersetuju dengan pemilikan yang lebih kepada Melayu dan bumiputra......
" Barisan ADUN DAP Selangor yang "sibuk mencampuri urusan kerajaan negeri lain"
bagaikan "retak menanti belah" DAP Kedah dibuka pintu seluas-luasnya untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.......Apa pula tindakan Ketua Umum PK selepas ini..?? Selepas usahanya untuk membentuk kerajaan persekutuan tidak berjaya kini Pakatan Rakyat pula diambang kehacuran? mungkinkah pembinaan patung-patung gergasi DSAI akan dinaikkan dengan lebih banyak bagi menunjukkan kerakusannya dan mengugut ahli-ahli PK yang lain agar patuh kepadanya???

10.11.08

SENGAL !!!

SENGAL!!
1. sengal - rasa kurang selesa dengan kondisi tubuh badan terutamanya pada sendi. 2. sengal - tak dengar cakap, bodoh, tak paham bahasa. "petikan daripada harakahdaily Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh yang mengharapkan pembebasan Raja Petra tiada agenda disebaliknya" Sengal betul?? tak bebaskan sibuk mintak dibebaskan dah bebas buat perangai sengal lagi? "Petikan daripada Malaysiakini yang menyatakan pihak polis terpaksa menyuraikan perhimpunan "tidak halal" dan kira-kira 24 orang telah ditahan" Yang "Sengal"nya Raja Petra yang baru sahaja dibebaskan turut menghadiri perhimpunan itu... ( Antara yang hadir ialah Raja Petra Kamaruddin yang baru dibebaskan oleh mahkamah dari tahanan ISA, Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan peguam Harris Ibrahim.) Siapa sebenarnya yang "Sengal"? "Sengal" yang macam mana orang-orang ini? Jika orang-orang yang ditahan termasuk Raja Petra siapa yang "Sengal"? Jika Raja Petra ditahan kembali inikah agenda nya yang dikatakan oleh Pengerusi GMI? SENGAL OH SENGAL??

TURUN LAH BANYAK SIKIT???

Hari ini selepas menghampiri 2 minggu harga minyak diturunkan sebanyak 15 sen sekali pengumuman dibuat. "Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini, harga minyak dijangka turun lagi pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad." Ala turun sikit je tu bukn banyak mana pun, sama je turun ke tak!!!! mainan kata yng paling kerap meniti di bibir bila diajukan mengenai pengumuman baru ini... Jika diturunkan lagi pada pertengahan bulan ini yang pasti jika harga barang masih tidak turun, pengguna mahupun pembeli patut mengambil tindakan bijak untuk bertindak supaya harga barangan yang "dimonopoli' turut menuruti langkah menurunkan harga terutama kepada barangan yang naik harga dengan melambung sebelum ini... Tiba lah kita pengguna menunjukkan kuasa sebenar sebagai seorang pengguna yang sebelum ini hanya "menjuih" di bibir tanpa sebarang tindakan daripada pihak pengguna sendiri.... "customer is always right" make it in the right way guys , we can do it.... 'kepada peruncit, pemborong dan penjual, apa alasan ada lagi kini untuk terus "tegar" dan mengkukuhkan pendirian anda yang menyusahkan serta membebankan semua orang....

2.11.08

TURUN SIKIT JE BAIK TAK YAH!!!

Semalam kita berada di bulan baru iaitu bulan November bulan kesebelas atau bulan kedua terakhir dalam setahun. Apa yang istimewa sangat dengan bulan November tahun ini? Bermula 1 November Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penurunan kali ke-4 harga jualan minyak di Malaysia selepas kenaikkan harga mendadak satu ketika dulu. Mengikut pengkiraan Revo jumlah penurunan setakat ini selepas 4 kali penurunan ialah 55 sen masih ada 23 sen sebelum mencapai harga asal sebelum kenaikkan harga iaitu 1.92 sen. Kenaikkan 78sen harga minyak secara mendadak telah menyebabkan ramai pengguna marah, tak puasa hati dan tidak ketinggalan juga yang mengutuk tindakan itu. Bagi yang bijak pandai dan tidak pernah bercakap mengenai minyak, tiba-tiba menjadi pakar dalam mengulas mengenai isu minyak........ada pendapat yang paling sedap didengar ketika itu ialah "KENAIKKAN HARGA MINYAK MALAYSIA TIADA KAITAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK DUNIA" "MALAYSIA NEGARA PENGELUAR MINYAK KENAPA NAK JUAL MAHAL JUGA" dll.... Revo juga secara peribadi memang tidak berpuas hati dengan kenaikkan harga yang melampau. Kini harga minyak sudah kembali menuju ke asal dan kini timbul permainan kata-kata sesetengah pihak yang dulu mengatakan minyak Malaysia tiada kaitan dengan turun harga minyak dunia mula bercakap bahawa minyak Malaysia mesti turun kerana minyak dunia sudah turun. Malaysia telah membuktikan bahawa harga minyak boleh diturunkan dan telah pun diturunkan mengikut penurunan harga minyak dunia. Bersediakah rakyat Malaysia untuk kenaikkan semula harga minyak jika harga minyak dunia naik mendadak semula satu hari nanti? BERSEDIA ATAU TIDAK BOLOS SAJA DINDING ITU!!! ( Langgar kan je lah senang cerita). Bagi revo apa yang perlu untuk rakyat Malaysia tanamkan dalam diri kini ialah sifat senantiasa bersyukur dengan apa yang berlaku, dan jua mula belajar untuk menyesuaikan dengan keadaan yang tidak menentu pada masa akan datang..