16.1.09

SIAPA PEROMPAK, SIAPA SUBAHAT?????

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu..selanjutnya

  • kejadian MB Perak ( Nizar Jamaluddin) yang meluluskan pembukaan kampung baru dengan memberikan cagaran tanah selama 999 tahun, bagaimana?????
  • siapa pencurinya, siapa subahatnnya????
  • kenapa kerajaan negeri Perak masih berdiam diri dan "tunggulah dulu"????
  • siapa dalang disebalik semua ini???????
"lu orang ada mata lu orang lihat, lu orang ada telinga lu orang dengar, lu orang ada mulut lu orang cakap, LU ORANG ADE OTAK LU PIKIRLAH SENDIRI"

KEPALA BABI DALAM SURAU!!!!

Semakin hari semakin banyakkegunaan babi kini....terbaru babi digunakan untuk membuat ugutan dan hasutan kepada mereka-mereka yang berkenaan.... jika sebelum ini kepala babi digantung pada banner PEWARIS di Melaka, kini kepala babi juga digunakan untuk mengugut dan menakutkan serta menfitnah mahasiswa pula. kejadian yang berlaku pada hari semalam berlaku di SURAU AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM.... berani sungguh "manusia" yang melakukan pekara ini? siapakah mereka ini? menjadi persoalan revo bagaimana sampai begitu berani dan hebat "manusia" yang meletakkan kepala babi tu dalam surau API UM.... PERSOLANAN??????????????

  • API UM mempunyai kawalan 24 jam.
  • API UM tidak dimasuki oleh pelajar luar ( bukan student API) kerana mereka takut.
  • API UM ialah pusat perhimpunan pelajar-pelajar pro-mahasiswa (PMIUM).
  • Pada malam kejadian "kepala babi" dilaporkan ada pelajar tidur didalam surau.? ( tidak perasan ke diaorg nie ade org masuk dlm surau bawa kepala babi).
  • Kejadian dan modus operandi yang sama pernah berlaku di API UM dahulu. ( kejadian conteng dinding)
  • Pegawai Keselamatan UM sentiasa meronda dalam UM?
  • Pintu masuk UM dikawal?
"adakah kejadian conteng beberapa tahun dahulu ini mempunyai kaitannya dengan kejadian kepala babi dalam surau semalam" ~~modus operandi kejadian hampir sama~~
  1. berlaku di API
  2. ada pelajar di dalam kawasan API semasa kejadian
  3. berlaku semasa pilihanraya kampus
  4. berlaku ketika kampus sedang tenang tanpa isu besar
  5. pro aspirasi akan dituduh menjadi dalang

13.1.09

Sokong!!!!

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan setiap kakitangan awam dan swasta memotong gaji sehari bekerja untuk didermakan kepada rakyat Palastin, ianya disuarakan semasa sidang khas parlimen semalam..... semua orang akan terlibat secara total jika cara ini dilakukan dan sumbangan yang pasti dapat diperolehi oleh kerajaan Malaysia untuk memberikan sumbangan. Revo juga melihat cara ini agak baik kerana kerajaan menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan dana negara untuk sumbangan pada masa kini kerana faktor ekonomi yang sangat tidak menentu..... Ahli Parlimen Bebas ini juga mencadangkan Tun Mahathir dilantik sebagai wakil Malaysia untuk di hantar ke Timur Tengah bagi mengadakan rundingan untuk mendapatkan sokongan daripada Negara-negara Arab bagi bersatu menentang Zionis....

9.1.09

"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," kata Anwar Ibrahim ketika berceramah di hadapan 100 orang pendengar di satu kawasan rumah pangsa, Jalan Bukit Kecil di Kuala Terengganu pada 8 Januari 2008.
Di hadapan 100 orang, Anwar berani cabar orang untuk meludahnya. Apakah nasib rakyat di Permatang Pauh cukup terbela sejak Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh 4 bulan yang lepas? Beranikah Anwar mencabar orang untuk meludahnya kerana berbohong untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September? Sekali lagi, Anwar datang ke Kuala Terengganu untuk berjanji dan terus berjanji. Meletakkan "ludah" sebagai pertaruhan andainya janji tidak ditepati.
Anwar menyatakan dalam ceramah pada malam 6 Januari 2008 di Kuala Terengganu bahawa dia baru sahaja pulang dari Turki dan terus ke Kuala Terengganu. Kerap benar Anwar berulang alik ke Turki. Bersembunyi dari liwat pun di kedutaan Turki. Tayyip Erdogan adalah Perdana Menteri Turki. Apakah Anwar pergi membela kebajikan rakyat di Turki? Atau merancang sesuatu dari Turki, hinggakan kumpulan Anwar Ibrahim dalam PAS pun sudah digelarkan sebagai "team Erdogan", mengambil sempena nama Perdana Menteri Turki yang kerap ditemui oleh Anwar Ibrahim. Bukankah Turki, sebuah negara sekular? Anwar mahu mengambil model Turki dalam Pakatan Rakyat? Bolehkah Turki melawan cakap Amerika Syarikat dalam isu Palestin? ( di copy dari http://anginperubahan.blogspot.com)

6.1.09

GANU KITE!!

CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah) bersama calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat ketika pengumuman calon bertanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Tertutup Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.
Kuala Terengganu telah selesai mengadakan penamaan calon yang berlangsung pagi tadi setelha selesai proses bantahan yang menyaksikan terdapat 4 bantahan. Pertandingan bagi pilihan raya kecil kali ini menyaksikan pertandingan 3 penjuru sama seperti pada pilihanraya ray umum pada tahun lepas. Pada pilihanraya lepas pilihanraya telah memihak kepada BN yang memenangi dengan majoriti 628 undi oleh calon Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan Mohd Sabu dan juga Maimum. Pada pilihanraya kecil pertama pada tahun 2009 ini, pertandingan 3 penjuru juga menyaksikan seorang colon bebas bertanding iaitu Azharudin Mamat. Walaupun jangkaan pada peringkat awal pertandingan kali ini akan melibatkan 4 penjuru, calon daripada AKIM Harun Mohamad telah menarik diri di saat-saat akhir. Apa yang menarik perhatian Calon daripada AKIM ini telah menyatakan sokongan kepada Mohd Abdul Wahid Endut yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam. Adakah calon AKIM ini telah dibayar atau dibeli? Walaupun PAS yang menghantar calon yang pasti DAP dan PKR tidak akan berdiam diri untuk memberikan bantuan. Membayar atau membeli calon AKIM untuk tidak bertanding pada pilihanraya kali ini mungkin berlaku? Sebahagian daripada penyokong-penyokong parti yang bertanding di Kuala Terengganu berhimpum pada penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Statistik menunjukkan pengundi Melayu mewakili 88.2% jumlah pengundi di Kuala Terengganu. Jika dilihat kredibiliti calon AKIM beliau mempunyai potensi untuk memecahkan undi bagi calon PAS kerana personaliti kedua-dua mereka ini yang menggunakan pendekatan agama islam sebagai pendekatan utama? Jadi mungkinkah calon AKIM diperkudakan untuk menarik diri bagi membolehkan tiada pecahan undi untuk calon PAS. Menjadi persoalan juga dimanakah sokongan Pakatan Rakyat daripada parti lain seperti PKR dan DAP terhadap calon PAS pada kali ini? Adakah PKR dan DAP akan berdalih untuk memberikan sokongan kepada Wahid Endut kerana beliau adalah calon daripada kumpulan Ulama dalam PAS bukan dari kumpulan Erdogan?