28.8.09

TAHNIAH!

Datuk Seri Idris Jala semalam diumumkan akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bekas CEO MAS ini belum ditetapkan potfolionya lagi. Berkemungkinan besar dia dilantik adalah untuk memenuhi tuntutan KPI Perdana Menteri dan juga bayangan kepada perancangan yang lebih drastik dalam memperbaiki sistem dan menambah baik bidang kerja penjawat awam. Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Datuk Seri Idris Jala.

AL FATIHAH

Tokoh ekonomi, Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh, 62, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal pagi ini.

Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab memberitahu, Ismail disahkan meninggal dunia di dalam penerbangan Tiger Airways kira-kira pukul 2 pagi.

Allahyarham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Semasa hayatnya, Allahyarham menerima beberapa anugerah dan penghormatan dari dalam dan luar negeri seperti Anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Ijazah Doktor Falsafah.Allahyarham juga merupakan penerima Anugerah Maulidur Rasul 2008.

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ALLAH S.W.T.