23.4.08

DAP KAPTEN ROKET!

Setelah waktu menghampiri 2 bulan selepas kumpulan pembangkang kini mendapat sedikit kuasa dalam kerajaan negeri terutamanya, belang dan "pisau rambo" yang disimpan tanpa guna sebelum ini mula dikeluarkan dan diletakkan "dileher-leher" penyokong yang menyonkong mereka terutamanya "sang bulan hijau"...bermula dengan melantik LEE KAH CHOON Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa InvestPenang dan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kini DAP sekali lagi menggunakan pendekatan yang mengelirukan...dimana sebenarnya PAKATAN RAKYAT yang dikeutarakan...terbaru DAP mendesak "sang bulan hijau" mengugurkan visi dan misi mereka untuk menubuhkan negara islam...kini "sang bulan hijau" akan mencari dan meraba hasrat baru atau mengikut "untuk bersama roket" tanpa ada jatidiri sendir... Apa lagi rancangan dan pendekatan yang dikatakan dan diura-urakan akan memenuhi kehendak semua...selepas Penang dihapuskan DEB, Selangor dibedikan 100 juta untuk projek babi...Kedah tiba-tiba tidak cukup padi...dan Perak kene ambil tanah lagi....?

17.4.08

SAJAK UNTUK KALIAN

Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut Biar mati adat Jangan mati anak Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal Tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selaga yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran" Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu ? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka NUKILAN - USMAN AWANG-aka Tongkat Warrant (1929-2001)

16.4.08

ANWAR dan YAHUDI ISRAEL ? Pendapatkah!!!!

Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Padang Awam Ketereh, Kelantan pada 18 Mei 2007 mengakui bahawa dia pernah menemui Paul Wolfowitz selepas keluar dari penjara. Tetapi apakah hubungan dua orang tokoh besar ini hanya setakat itu sahaja?

Ramai penyokong pembangkang terutama dari PKR telah terpedaya dengan olahan cerita Penasihat PKR dalam ceramah tersebut. Kononnya Anwar hanya pernah berjumpa Wolfowitz pada ketika itu sahaja, tidak lebih dari itu, malah ketika pertemuan itu dia kononnya telah menegur tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq. Maka timbullah anggapan bahawa isu hubungan Anwar-Wolfowitz itu hanyalah propaganda dan mainan media massa arus perdana yang dikuasai oleh UMNO.

Sesungguhnya, bukan menjadi rahsia lagi bahawa Anwar Ibrahim mula mengenali Paul Wolfowitz semasa bekas Presiden Bank Dunia itu menjadi Duta AS di Indonesia. Hubungan baik Anwar dan Wolfowitz berkekalan sehingga Anwar dipenjara dan dibebaskan.

Perlu diingati, Wolfowitz adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang merupakan arkitek utama Perang Iraq yang menyebabkan kematian ratusan ribu umat Islam tidak berdosa sehingga sekarang. Semasa Anwar dipenjarakan, dia adalah pelobi dan pendukung kuat kempen membebaskan kawan baiknya itu di luar negara terutama di AS.

Selain Wolfowitz, terdapat beberapa lagi tokoh Yahudi yang berdiri di belakang kempen membebaskan Anwar di Barat seperti James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara AS) dan William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS)

Selepas Anwar dibebaskan, Wolfowitz adalah antara dua orang pemimpin dunia terawal yang menziarahinya sebaik sahaja menjalani pembedahan tulang belakang di Munich, Jerman. Wolfowitz dilaporkan sanggup terbang dari AS ke Jerman serta merta sekalipun mempunyai jadual ketat semata-mata untuk berjumpa kawan baiknya itu.

Hubungan Anwar dengan Yahudi Neo-Con yang pro Zionis Israel bertambah erat selepas itu apabila dia menetap di AS. Perkara ini turut disedari oleh media massa Barat termasuk BBC, CNN dan ABC, sehingga banyak kali Anwar ditanya tentang hubungan rapatnya dengan tokoh Yahudi yang bertanggungjawab merangka pelan polisi unilateral AS yang bernama The Project for the New American Century (PNAC).

Pembaca sendiri boleh menonton satu temubual dengan Anwar dalam rancangan BBC HARDtalk, di mana Anwar mengakui bahawa Wolfowitz sebagai kawan baiknya.

Semasa di AS, Anwar turut menjadi pensyarah pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) di Johns Hopkins University di mana Wolfowitz pernah menjadi dekannya.

Perlu juga diingat, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin dunia beragama Islam yang menyokong kuat pelantikan Wolfowitz yang merupakan dalang utama peperangan ke atas dunia Islam sebagai Presiden Bank Dunia selepas Presiden George W. Bush menamakannya.

Berikut adalah petikan berita mengenai isu pencalonan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia pada tahun 2005.

——————————————————————

‘Passionate’ Wolfowitz Backed by Anwar for World Bank

March 24 (Bloomberg) — Paul Wolfowitz, President George W. Bush’s nominee to lead the World Bank, won backing for his candidacy from Anwar Ibrahim, Malaysia’s former deputy premier and one of Asia’s most prominent Muslim politicians.

————————————————————————————-

Atas hubungan baik dan sokongannya itu, Wolfowitz telah melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia semasa dia mengepalai Bank Dunia. Malah dikatakan bahawa pelantikan Anwar sebagai Pengerusi The Foundation for The Future juga hasil pengaruh dan lobi Wolfowitz. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair dan luar negara, pastinya sudah lama mengetahui hubungan rapat Anwar dengan tokoh Yahudi Neo-Con tersebut sebelum isu ini dihebahkan di media arus perdana kebelakangan ini lagi.

Sementara itu bagi kebanyakan orang di negara ini, mereka hanya didedahkan mengenainya berikutan terbongkarnya skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya, Shaha Riza yang turut dikaitkan dengan Anwar. Skandal tersebut telah menjadi tajuk hangat media massa di dalam dan luar negara sehinggalah Wolfowitz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Bank Dunia.

Hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana seorang yang diangkat oleh sesetengah pihak kononnya sebagai pemimpin hebat yang berjiwa Islam, boleh terlupa atau sengaja melupakan ayat Allah di dalam kitab suci al Quran berkenaan mengangkat orang kafir sejahat Wolfowitz, dalang dalam perang ke atas umat Islam di Iraq sebagai teman rapatnya!?

Allah Taala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” [Surah Al Maidah: 51]

Penulis menyerahkan kepada para pembaca untuk membuat kesimpulan sendiri tentang watak Anwar Ibrahim. Apakah dia betul-betul pemimpin atau pejuang Islam yang tulen atau hanya seorang manusia hipokrit seperti musang berbulu ayam, yang boleh bertukar rupa dan wajah hanya untuk meraih kepentingan sendiri. Manusia hipokrit yang sanggup bersekongkol dengan musuh Islam demi mencapai cita-cita politik dan nafsu duniawinya. Renung-renungkanlah.

Wallahua’lam.

15.4.08

Dimana Suara Perjuang Islam........

sedar atau tidak sedar atau pun buat2 tak sedar mereka2 yang "berjuang untuk Islam" tidak berbunyi walau sepatah pun dengan apa yang tengah berlaku kini...... Paderi Kristian (Khatolik) Malaysia telah memfailkan permohonan di mahkamah untuk pertukaran nama panggilan tuhan mereka daripada jesus kepada ALLAH..... Terdetik di hati jika ianya diluluskan ape akan terjadi dan akibat yang sangat besar akan menimpa ISLAM di MALAYSIA terutamanya......walaupun benda ni dah lama difailkan tetapi hingga kini "pejuang2" yang melabelkan diri sebagai "berjuang bersama ISLAM" tidak mengambil apa2 tindakan langsung......meneliti petikan akhbar yang bertajuk CATHOLIC PAPERS FILES WRIT OF SUMMONS di akhbar THE STAR ianya sangat pahit untuk ditelan begitu sahaja jika tiada sebarang tindakan atau bantahan.......

Pe-NAFI-an YANG DIRAGUI....!!!

Terbaca diakhabar yang seorang insan yang juga manusia bernama ANWAR IBRAHIM menafikan yang beliau tiada kaitan dengan ISRAEL....huh! betul ke salah..... yes or no......semuanya tidak dapat dipastikan dengan 100% kebenaran dan ketidakbenarannya... tapi yang jelas akhabar ISRAEL kini telah mengiktiraf INSAN dari MALAYSIA ini sebagai PM MALAYSIA yang akan datang...... benar ke perkataan ku ini.....ermmmm kalau ianya sekadar retorik tidak sampai hajat dihati untuk memasukkan perkataan aku kali ini..... kenapa sehingga orang ISRAEL berhajat ingin membincangkan perihal pemimpin MALAYSIA ini sehingga meletakkan insan ini sebagai MALAYSIA's FUTURE PRIME MINISTER.

14.4.08

HARAPAN............

kini harapan menanti rebah, harapan tinggal harapan...... ayuhlah kita bersama membina kembali harapan dan amanah yang ti tinggalkan di bahu kit oleh orang yang terdahulu......... WARISAN yang perlu dipertahankan, ??????????? jangan sehingga orang lain yang menjadi TUAN dan menikmatinya.... ingatlah dengan WARISAN yang ditinggalkan kepada kita.......... KETUANAN yang di junjung....!!!!!

HIJAU BUMI KITA !!!!!

di mulakan dengan kata2 yang agak sinis untuk dipertimbangkan kini???? kenapa ya...adalah bumi kita ini tidak hijau lagi ermmmm........dipanjangkan kesyukuran kerana bumi kita ini masih banyak lagi yang hijau nya....tapi adakah ini akan bekekalan hingga ke anak cucu kita......... pasti dan amat yakin di hati ini ianya kan kekal jika kita semua mengambil langkah yang membolehkan ianya terus kekal tapi jika ianya di pandang remeh ianya hanya tinggal dalam ingatan........... terpikir juga apa akan jadi dengan SEPANG 10 tahun lagi jika apa yang dirancang oleh kerajaan yang baru memerintah BUMI SELANGOR ini tetap dengan apa yang diluluskan........\ ada juga bahasa lawak dari kawan2 di sekeliling dengan sinis berkata " aku tak kisah sangat pun pasal projek 100 juta tu,tapi jangan 5 tahun lagi tetiba ade kejadian binatang tu kene langgar kat litar F1 dah arr..." bederai ketawa dari mereka yang ade bersama pada malam tu... ade juga logiknya.....tapi kata hati aku " jangan sampai BABI yang menang lumba F1, lagi haru biru.....heheheheheh........ yang penting bagi hati dan generasi sekarang dan seterusnya BUMI KITA tetap HIJAU.........