2.1.10

AL-FATIHAH

  • Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat (gambar) meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara pada pagi tahun baru 2010, tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin ini. Beliau dilaporkan meninggal dunia sewaktu tidur kira-kira pukul 8 pagi ini.
  • Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat berkhidmat sebagai Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu pada 1978 hingga 1982 ketika kepimpinan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dan dari 1987 hingga 1999 semasa era Tun Dr. Mahathir Mohamad.