16.4.08

ANWAR dan YAHUDI ISRAEL ? Pendapatkah!!!!

Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Padang Awam Ketereh, Kelantan pada 18 Mei 2007 mengakui bahawa dia pernah menemui Paul Wolfowitz selepas keluar dari penjara. Tetapi apakah hubungan dua orang tokoh besar ini hanya setakat itu sahaja?

Ramai penyokong pembangkang terutama dari PKR telah terpedaya dengan olahan cerita Penasihat PKR dalam ceramah tersebut. Kononnya Anwar hanya pernah berjumpa Wolfowitz pada ketika itu sahaja, tidak lebih dari itu, malah ketika pertemuan itu dia kononnya telah menegur tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq. Maka timbullah anggapan bahawa isu hubungan Anwar-Wolfowitz itu hanyalah propaganda dan mainan media massa arus perdana yang dikuasai oleh UMNO.

Sesungguhnya, bukan menjadi rahsia lagi bahawa Anwar Ibrahim mula mengenali Paul Wolfowitz semasa bekas Presiden Bank Dunia itu menjadi Duta AS di Indonesia. Hubungan baik Anwar dan Wolfowitz berkekalan sehingga Anwar dipenjara dan dibebaskan.

Perlu diingati, Wolfowitz adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang merupakan arkitek utama Perang Iraq yang menyebabkan kematian ratusan ribu umat Islam tidak berdosa sehingga sekarang. Semasa Anwar dipenjarakan, dia adalah pelobi dan pendukung kuat kempen membebaskan kawan baiknya itu di luar negara terutama di AS.

Selain Wolfowitz, terdapat beberapa lagi tokoh Yahudi yang berdiri di belakang kempen membebaskan Anwar di Barat seperti James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara AS) dan William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS)

Selepas Anwar dibebaskan, Wolfowitz adalah antara dua orang pemimpin dunia terawal yang menziarahinya sebaik sahaja menjalani pembedahan tulang belakang di Munich, Jerman. Wolfowitz dilaporkan sanggup terbang dari AS ke Jerman serta merta sekalipun mempunyai jadual ketat semata-mata untuk berjumpa kawan baiknya itu.

Hubungan Anwar dengan Yahudi Neo-Con yang pro Zionis Israel bertambah erat selepas itu apabila dia menetap di AS. Perkara ini turut disedari oleh media massa Barat termasuk BBC, CNN dan ABC, sehingga banyak kali Anwar ditanya tentang hubungan rapatnya dengan tokoh Yahudi yang bertanggungjawab merangka pelan polisi unilateral AS yang bernama The Project for the New American Century (PNAC).

Pembaca sendiri boleh menonton satu temubual dengan Anwar dalam rancangan BBC HARDtalk, di mana Anwar mengakui bahawa Wolfowitz sebagai kawan baiknya.

Semasa di AS, Anwar turut menjadi pensyarah pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) di Johns Hopkins University di mana Wolfowitz pernah menjadi dekannya.

Perlu juga diingat, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin dunia beragama Islam yang menyokong kuat pelantikan Wolfowitz yang merupakan dalang utama peperangan ke atas dunia Islam sebagai Presiden Bank Dunia selepas Presiden George W. Bush menamakannya.

Berikut adalah petikan berita mengenai isu pencalonan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia pada tahun 2005.

——————————————————————

‘Passionate’ Wolfowitz Backed by Anwar for World Bank

March 24 (Bloomberg) — Paul Wolfowitz, President George W. Bush’s nominee to lead the World Bank, won backing for his candidacy from Anwar Ibrahim, Malaysia’s former deputy premier and one of Asia’s most prominent Muslim politicians.

————————————————————————————-

Atas hubungan baik dan sokongannya itu, Wolfowitz telah melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia semasa dia mengepalai Bank Dunia. Malah dikatakan bahawa pelantikan Anwar sebagai Pengerusi The Foundation for The Future juga hasil pengaruh dan lobi Wolfowitz. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair dan luar negara, pastinya sudah lama mengetahui hubungan rapat Anwar dengan tokoh Yahudi Neo-Con tersebut sebelum isu ini dihebahkan di media arus perdana kebelakangan ini lagi.

Sementara itu bagi kebanyakan orang di negara ini, mereka hanya didedahkan mengenainya berikutan terbongkarnya skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya, Shaha Riza yang turut dikaitkan dengan Anwar. Skandal tersebut telah menjadi tajuk hangat media massa di dalam dan luar negara sehinggalah Wolfowitz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Bank Dunia.

Hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana seorang yang diangkat oleh sesetengah pihak kononnya sebagai pemimpin hebat yang berjiwa Islam, boleh terlupa atau sengaja melupakan ayat Allah di dalam kitab suci al Quran berkenaan mengangkat orang kafir sejahat Wolfowitz, dalang dalam perang ke atas umat Islam di Iraq sebagai teman rapatnya!?

Allah Taala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” [Surah Al Maidah: 51]

Penulis menyerahkan kepada para pembaca untuk membuat kesimpulan sendiri tentang watak Anwar Ibrahim. Apakah dia betul-betul pemimpin atau pejuang Islam yang tulen atau hanya seorang manusia hipokrit seperti musang berbulu ayam, yang boleh bertukar rupa dan wajah hanya untuk meraih kepentingan sendiri. Manusia hipokrit yang sanggup bersekongkol dengan musuh Islam demi mencapai cita-cita politik dan nafsu duniawinya. Renung-renungkanlah.

Wallahua’lam.

No comments: