6.1.09

GANU KITE!!

CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah) bersama calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat ketika pengumuman calon bertanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Tertutup Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.
Kuala Terengganu telah selesai mengadakan penamaan calon yang berlangsung pagi tadi setelha selesai proses bantahan yang menyaksikan terdapat 4 bantahan. Pertandingan bagi pilihan raya kecil kali ini menyaksikan pertandingan 3 penjuru sama seperti pada pilihanraya ray umum pada tahun lepas. Pada pilihanraya lepas pilihanraya telah memihak kepada BN yang memenangi dengan majoriti 628 undi oleh calon Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan Mohd Sabu dan juga Maimum. Pada pilihanraya kecil pertama pada tahun 2009 ini, pertandingan 3 penjuru juga menyaksikan seorang colon bebas bertanding iaitu Azharudin Mamat. Walaupun jangkaan pada peringkat awal pertandingan kali ini akan melibatkan 4 penjuru, calon daripada AKIM Harun Mohamad telah menarik diri di saat-saat akhir. Apa yang menarik perhatian Calon daripada AKIM ini telah menyatakan sokongan kepada Mohd Abdul Wahid Endut yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam. Adakah calon AKIM ini telah dibayar atau dibeli? Walaupun PAS yang menghantar calon yang pasti DAP dan PKR tidak akan berdiam diri untuk memberikan bantuan. Membayar atau membeli calon AKIM untuk tidak bertanding pada pilihanraya kali ini mungkin berlaku? Sebahagian daripada penyokong-penyokong parti yang bertanding di Kuala Terengganu berhimpum pada penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Statistik menunjukkan pengundi Melayu mewakili 88.2% jumlah pengundi di Kuala Terengganu. Jika dilihat kredibiliti calon AKIM beliau mempunyai potensi untuk memecahkan undi bagi calon PAS kerana personaliti kedua-dua mereka ini yang menggunakan pendekatan agama islam sebagai pendekatan utama? Jadi mungkinkah calon AKIM diperkudakan untuk menarik diri bagi membolehkan tiada pecahan undi untuk calon PAS. Menjadi persoalan juga dimanakah sokongan Pakatan Rakyat daripada parti lain seperti PKR dan DAP terhadap calon PAS pada kali ini? Adakah PKR dan DAP akan berdalih untuk memberikan sokongan kepada Wahid Endut kerana beliau adalah calon daripada kumpulan Ulama dalam PAS bukan dari kumpulan Erdogan?

1 comment:

Muhammad Azli Shukri said...

susah nak jangka dalam pilihan raya kali ini..