10.11.08

TURUN LAH BANYAK SIKIT???

Hari ini selepas menghampiri 2 minggu harga minyak diturunkan sebanyak 15 sen sekali pengumuman dibuat. "Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini, harga minyak dijangka turun lagi pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad." Ala turun sikit je tu bukn banyak mana pun, sama je turun ke tak!!!! mainan kata yng paling kerap meniti di bibir bila diajukan mengenai pengumuman baru ini... Jika diturunkan lagi pada pertengahan bulan ini yang pasti jika harga barang masih tidak turun, pengguna mahupun pembeli patut mengambil tindakan bijak untuk bertindak supaya harga barangan yang "dimonopoli' turut menuruti langkah menurunkan harga terutama kepada barangan yang naik harga dengan melambung sebelum ini... Tiba lah kita pengguna menunjukkan kuasa sebenar sebagai seorang pengguna yang sebelum ini hanya "menjuih" di bibir tanpa sebarang tindakan daripada pihak pengguna sendiri.... "customer is always right" make it in the right way guys , we can do it.... 'kepada peruncit, pemborong dan penjual, apa alasan ada lagi kini untuk terus "tegar" dan mengkukuhkan pendirian anda yang menyusahkan serta membebankan semua orang....

No comments: