22.11.08

Kini Lebih Murah Dari Dulu!!

Hari ini penduduk Malaysia (22hb november 2008) mendapat satu lagi berita yang luar biasa iaitu kemungkinan harga minyak diturunkan lagi daripada RM 2.00 (petrol ron 97) dan RM 1.90 (diesel dan petrol ron 92) sebanyak 15 sen. Penurunan ini menjadi harga semasa minyak di Malaysia ialah RM 1.85 ( ron97) dan RM1.75 ( diesel dan ron 92). Harga baru minyak ini menjadikan harga minyak semasa adalah lebih murah daripada harga asal sebelum kenaikkan mendadak harga minyak pada Jun lalu iaitu pada harga RM 1.92, murah 7 sen. Mungkinkah akan ada penurunan lagi pada tahun hadapan sama-sama kita doakan. Yang revo pasti akan ada suara-suara hebat daripada masyarakat sekeliling yang tidak pernah bersyukur selepas penurunan ini.

" alaaa....7 sen jer pun byk mana lah sangat" "huh!! 7 sen jer pun tu pun nak kecoh" " minyak buat ape, yang kitaorang nak turun harganya sakarang ni barang-barang lah" " ni semua kejap jer...tgk lah nanti kompom naik baliknya" "tu memang dah tugas kerajaan buat ape nak kecoh-kecoh" ' ayat-ayat yang mungkin akan berlegar-legar di telinga untuk memberikan komen'

No comments: