10.6.08

NILAI!!

revo betul-betul rase semangat untuk menulis lagi mengenai perkataan yang satu ni, iaitu NILAI..... bukan NILAI, Negeri Sembilan yang revo maksudkan tetapi NILAI @ HARGA @ TARAF @ TAHAP dan lain-lain.... minggu lepas kebanyakkan rakyat Malaysia boleh dikatakan telah menjadi tidak waras seketika, meluahkan pendapat tanpa NILAI, menyuarakan rasa tidak puas hati merata-merata, mengambil kesempatan atas kenaikkan NILAI bahan api..... dikalangan mereka ini bagaikan tidak tadak menerima hakikat bahawa harga bahan api meningkat naik dengan mendadaknya terutama kepada mereka-mereka yang menyokong dan mendukung manisfesto pakatan rakyat kerana kebanyakkan mereka membuat anggapan kerajaan yang memerintah akan menjadi takut untuk menaikkan harga bahan api mahupun barang-barang lain, disebabkan pertambahan wakil mereka kerana kemenangan yang lebih pada tahun ini. revo secara peribadi memang tidak dapat jua menerima kenaikkan harga pertol dan diesel tetapi setelah mendapat penjelasan yang memuaskan revo menerima kenaikkan dengan hati yang terbuka dan berharap ianya akan turun secepat mungkin......walaupun NILAI bahan api telah meningkat naik dengan mendadaknya tetapi kerajaan telah membuat susulan dengan memberikan subsidi secara tunai setiap kali cukai jalan dibayar tidak kira sama ada motosikal atau motokar semuanya akan merasainya melainkan jika kenderaan pemilik berada dalam kumpulan kenderaan yang mempunyai NILAI yang lebih!!! kenderaan orang berada........ pernah kita terpikir berapa NILAI yang telah kita berikan tanpa sedar kepada rakyat Singapura, Thailand dan Indonesia terutamanya melalui urusan jualan bahan api di stesen-stesen. Kerajaan mengarahkan semua stesen minyak di Malaysia menjual minyak dengan harga subsidi, jika rakyat negara lain membeli di stesen tersebut jua mereka turut menikmati pemberian kerajaan walaupun mereka tidak layak walauun 1 sen.... kita masa untuk mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan keanaikkan harga minyak memberikan NILAI suara mereka dan lontarang rasa benci mereka. dimana mereka-mereka ini meletakkan NILAI pendapat mereka?? pasti kebanyakkan daripada mereka ini akan melabuhkannya di bahu-bahu jalan, jalan raya, lorong-lorong sambil mengadakan perhimpunan yang tidak tahu mana pangkal dan hujungnya......???? pandaikah orang seperti ini? berNILAIkah mereka-mereka ini? errmmmmm kita NILAI kan sendiri..........

No comments: