Datuk Seri Najib Tun Razak (Timbalan Perdana Menteri) yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur. Kenyataan tersebut dinyatakan dalam wawancara melalui program Bloomberg Voices terbitan Bloomberg TV pada 24 Oktober 2008.
DEB mahupun DEN sememangnya TIDAK WAJAR sama sekali dihapuskan kerana unsur-unsur ini menyokong dan membantu golongan pertengahan dan bawahan Melayu terutamanya. Jika ia dihapuskan dimana lagi golongan in akan mendapat bantuan dan pergantungan. Ia juga sepatutnya diteruskan ini kerana ianya sangat realistik dan membantu dan sama sekali TIDAK untuk menghapuskannya. Kenapa ianya tidak dikaji semula sahaja untuk penambahbaikkan?
DEB mahupun DEN ini merupakan salah satu hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia adakah wajar ia dihapuskan? tidakkah dengan penghapusannya akan mengakibatkan orang Melayu hilang keistimewaannya di tanah mereka sendiri!!!!
25.10.08
DEB DIHAPUS BERANSUR-ANSUR??
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN....


Perkara 153 (Bahagian 12) : Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.
Sebagai seorang rakyat Malaysia kita sepatutnya mengetahui semua ini kerana ini adalah hak kita tidak kira apa bangsa dan kaum. Pertelingkahan dan kecelaruan yang berlaku kebelakangan ini adalah kerana "mereka" yang berlagak "pandai" ini sebenarnya tidak mengetahui isi kandungan keseluruhannya Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jika kita rasa tanggunbgjawab kita dan sedar akan hak kita "baca dan fahamilah" isi sebenar Perlembagaan Perseukutuan Malaysia.
p/s harga buku Perlembagaan Persekutuan Malaysia hanya rm 10 dan dijual dikebanyakkan kedai buku.
7.10.08
DIMANA RASIONALNYA???
Subscribe to:
Posts (Atom)