13.12.08

BOGEL DEPAN ANWAR!!!!

Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota.
Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi "gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”.
Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai "jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik".Ramlan berkata beliau pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu "supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid" tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih "berdiam diri".

3.12.08

BILA NAK PECAT MEREKA??

Tan Lian Hoe (Ketua Wanita Gerakan) telah menyatakan dalam Persidangan Tahunan Parti Gerakan bahawa ''orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India.'' Tan Lian Hoe juga dengan nada sinis menyatakan selama ini parti Gerakan berada bawah telunjuk UMNO. Gerakan kononnya tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.
Chua Soi Lek (Timbalan Presiden MCA) ketika berucap di Subang Jaya pada 28 November 2008, menyatakan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak relevan hari ini dan telah ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda. Soi Lek berkata, konsep itu mungkin sesuai apabila ia dirangka sebelum kemerdekaan negara tetapi tidak lagi hari ini berikutan rakyat memberi isyarat jelas menerusi pilihan raya umum lalu.
Chew Mei Fun (Ketua Wanita MCA) ketika mempengerusikan dialog di Miri, pada 28 November menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Mei Fun menyokong kenyataan Chua Soi Lek bila berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia. Nampak benar, MCA tidak menghormati keputusan pemimpinnya yang terdahulu tentang perkongsian kuasa.
Kayveas juga dilaporkan berkata, PPP akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihanraya umum akan datang.
Wong Nai Chee berkata beliau bersetuju dengan desakan Kayveas supaya kerajaan meminda ISA. "Kerajaan perlu memindan peruntukan-peruntukan dalam ISA yang tidak sesuai dan yang sudah ketinggalan zaman, bagi mengelak ISA disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, dan memulihkan keyakinan terhadap kerajaan," tegasnya.

ZAID DIPECAT!!!

Zaid Ibrahim bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecat daripada UMNO semalam dan pemecatannya berkuatkuasa dengan serta merta.

"Zaid dipecat kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan secara terang-terang menyokong pembangkang untuk menghapuskan ISA, dia juga telah mempertikaikan Ketuanan Melayu"
Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan menghadiri perhimpunan parti pembangkang. Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini. Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA. Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

PETROL DAN DIESEL TURUN 10SEN LAGI...

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

2.12.08

MUKHRIZ : TUTUP SEKOLAH VERNAKULAR!!!

Datuk Mukhriz Mahathir boleh dikenakan tuduhan menghasut apabila mencadangkan penutupan sekolah berpendidikan Cina dan Tamil semalam untuk menubuhkan sistem persekolah satu aliran. Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, sejak pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1971, seseorang yang mencadangkan penutupan sekolah vernakular pernah dikenakan tindakan seperti Utusan Malaysia pada tahun itu. (Petikan Malaysiakini) Katanya, beliau masih mendengar kenyataan mengenai konsep Ketuanan Melayu oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang telah mencalar hati orang Melayu, terutama Umno. Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, calon ketua Pemuda Umno itu berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin berkenaan menunjukkan "mereka tidak tahu apa-apa tentang sejarah kita dan mungkin mereka cuba berlagak untuk menjadi hero kepada masyarakat mereka". ( Petikan Malaysiakini)

"Isu sekolah tidak boleh dibangkitkan dan disentuh kata Kit Siang"
" Isu Ketuanan Melayu , agama Islam, Hak Keistimewaan, Kouta dan dll boleh pula dibincangkan secara meluas " " ada baiknya juga sekolah jenis kebangsaan ditutup semuanya dan diwujudkan sekolah satu aliran sahaja jika benar-benar mengharapkan perpaduan kaum."