9.9.08

MAAFKAN DIA?

Minggu ni nama orang yang paling top disebut dalam Malaysia ni sudah tentulah Datuk Ahmad Ismail Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera. Sesiapa sahaja yang mengikuti isu semasa dan politik dalam negara pasti tahu akan isu ini, "isu perkauman" itu yang dihebahkan di media-media masa." Datuk Ahmad ketika sidang media, memberikan penjelasan mengenai ucapannya" Kecoh satu "Malaya" semua orang meminta agar Datuk Ahmad Ismail meminta maaf kepada orang Cina dan yang paling bising mengenai isu ini ialah Koh Tsu Koon dari parti Gerakan yang nak tumbang kerana kurang kepercayaan ahli kepada pimpinannya. Siapa Cina yang ditujukan oleh Datuk Ahmad?...ermmm senang cerita "siapa makan lada, dia terasa pedasnya"." projek Babi sebesar rm 100 juta di Sepang, tidak menyetuh sensitiviti orang Melayukah? secara peribadi revo menyokong 100% tindakan berani Datuk Ahmad, sebab dia berani kerana benar....kepada yang kecut perut dengan Cina tu terima kasih lah ye....( kalau revo ni ketua cawangan atau ketua bahagian mana, SAH!! Datuk Ahmad dapat sokong dari revo) Hari terbit satu artikel dalam suratkhabar yang sangat-sangat membarakan hari revo, kepada orang Melayu sendiri? Datuk Ahmad buat kenyataan Cina adalah pendatang di Tanah Malayu semua orang menggila minta dia mohon maaf secara terbuka kerana menyentuh sensitiviti perkauman, tetapi bila ada orang bukan islam yang membuat petisyen dan desakan supaya azan tidak lagi berkumandang di surau dan masjid-masjid ape yang kita buat? " Meraikan kemenangan PRU dengan memanggang babi dan secara terbuka ??" "dok menjawab..takpe lah kita kan demokrasi! takleh cakap di umum lah isu ni sensitif! dan juga kepada mereka yang kecut telur nak lawan tu... BANGKAI!!!! itu perkataan yang ingin revo hadiahkan kepada mereka yang mengeluarkan ayat-ayat itu.. "Menteri Besar yang berkuasa kecil, dikepung oleh orang-orang luar untuk membuat keputusan" Bukan pertama ini berlaku, kaum lain menyentuh sensetiviti kaum Melayu.. tetapi orang Melayu hanya diam membisu tak berani nak berkata apa-apa....@#$%)*&!.... (Gambar : Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh) Tun Mahathir pernah mengeluarkan satu kenyataan didalam blognya chedet.com, ada juga ulasan dalam surat khabar mengenai tulisan chedet tu. revo sangat bersetuju dengan tulisan chedet tu,(Gambar: Namewee menyatakan azan kadang kadang seperti RnB) Kenapa hanya orang Melayu yang perlu meminta maaf? Kenapa hanya orang Melayu yang bersalah bila bercakap? Kenapa cakap dan perbuatan orang Melayu sahaja yang menyentuh sensitiviti kaum? kemana hilang kekentalan Mat Kilau, Perjuangan Tok Janggut, Kesetiaan Tok Gajah, Kejantaan Tok Bahaman, Kelantangan Rentap, Ketinggian ilmu Tok Kenali dan perjuang-perjuang yang senagkatan dengan mereka-meraka ini..????

1 comment:

Anonymous said...

apasal lu olang selalu cakap itu cina ma manyak salah...ini negara orang cina juga boleh tinggal...