31.7.09

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 7.15 pagi tadi. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.
Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang, dan kini merupakan satu-satunya ADUN Pas di negeri ini.

No comments: