Datuk Seri Najib Tun Razak (Timbalan Perdana Menteri) yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur. Kenyataan tersebut dinyatakan dalam wawancara melalui program Bloomberg Voices terbitan Bloomberg TV pada 24 Oktober 2008.
DEB mahupun DEN sememangnya TIDAK WAJAR sama sekali dihapuskan kerana unsur-unsur ini menyokong dan membantu golongan pertengahan dan bawahan Melayu terutamanya. Jika ia dihapuskan dimana lagi golongan in akan mendapat bantuan dan pergantungan. Ia juga sepatutnya diteruskan ini kerana ianya sangat realistik dan membantu dan sama sekali TIDAK untuk menghapuskannya. Kenapa ianya tidak dikaji semula sahaja untuk penambahbaikkan?
DEB mahupun DEN ini merupakan salah satu hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia adakah wajar ia dihapuskan? tidakkah dengan penghapusannya akan mengakibatkan orang Melayu hilang keistimewaannya di tanah mereka sendiri!!!!
25.10.08
DEB DIHAPUS BERANSUR-ANSUR??
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN....
Golongan akademik, profesor dan juga sejarahwan mula bersuara lantrang apabila Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu Undang-Undang Tertinggi Malaysia semakin kerap dicabul oleh golongan tidak bertanggungjawab dan tidak tahu akan isi sebenar Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta tiada pengetahuan sejarah negara. Pekara utama yang dimainkkan golongan tidak bertangungjawab ini ialah mengenai Kontrak sosial dan Ketuanan Melayu.
Jika dicari didalam buku perlembagaan Malaysia mengenai Kontrak Soasial sememangnya tidak wujud tetapi pekara-pekara mengenai kontrak sosial ini terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Asasnya ia bermula di perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di Bahagian 12.
Perkara 153 (Bahagian 12) : Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.
Sebagai seorang rakyat Malaysia kita sepatutnya mengetahui semua ini kerana ini adalah hak kita tidak kira apa bangsa dan kaum. Pertelingkahan dan kecelaruan yang berlaku kebelakangan ini adalah kerana "mereka" yang berlagak "pandai" ini sebenarnya tidak mengetahui isi kandungan keseluruhannya Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jika kita rasa tanggunbgjawab kita dan sedar akan hak kita "baca dan fahamilah" isi sebenar Perlembagaan Perseukutuan Malaysia.
p/s harga buku Perlembagaan Persekutuan Malaysia hanya rm 10 dan dijual dikebanyakkan kedai buku.
7.10.08
DIMANA RASIONALNYA???
16.9.08
MACAM MANA NI JADI KE TAK?
Anwar Ibrahim adalah seorang yang amat dikenali sekarang ini melebihi sesiapa pun popularitinya dimasa kini. Bersebabkan kerana pada hari ini janjinya dalha untuk membentuk kerajaan baru di negara kita ini.
"anwar adalah seorang yang hebat berdebat dan bercakap? tetapi buah fikirannya tidak boleh diterima akal langsung? "
13.9.08
DSAI PENING!! - - - PAS tak YAKIN - - Misi ke Taiwan Mustahil - - Kemunting dapat Tetamu - -
16 September: Anwar sanggup ke Taiwan...Mustafa Ali kata takkan berlaku.
Makin dekat 16 September , makin kalut nampaknya ‘peserta-peserta larian menuju Putrjaya’. Paling menyerlah ialah bagaimana pembawa obor 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup membuat larian obor hingga ke Taiwan bagi mengejar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kini sedang mengikuti rombongan sambil belajar ke negara itu.
(petikan dari agendaily)......sambungan
13 september 2008 iaitu 3 hari sebelum tarikh yang digembar gemburkan oleh MP Permatang Pauh bahawa tarikh dimana dia akan membentuk kerajaan baru yang diketuai oleh dirinya sendiri. Nampaknya impian DSAI ini bakal menjadi impian seperti Mat Jenin dan Pak Pandir. Pelbagai usaha dan dilakukan untuk merealisasikan jua bertimbun duit telah di "selerakkan" untuk mendapatkan sokongan termasuk uasaha terbaru menghantar wakil untuk ke Taiwan untuk menjejaki MP-MP BN yang sedang mengadakan lawatan sambill belajar.
"angan-angan Mat Jenin DSAI kini semakin nyata hanya akan tinggal kenangan dan memori yang penuh dengan janji-janji manis"
"3 pahlawaan DSAI yang dihantar ke Taiwan untuk misi mustahil yang dikatakan hadir dengan kecok yang penuh dengan isi .Misi itu akan dikendalikan oleh Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh,pakar strategi parti itu yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution,Ahli Majlis Tertinggi PKR"
Disaat pening kepala semakin mencengkang di kepala memikirkan misi mustahil dan tarikh yang hanya berbaki 3 hari, 3 orang sekutu rapat DSAI ditahan ISA termasuk seorang MP Seputeh @ Sassy Girl @ Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin blogger Malaysia Today dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Ketiga-tiga mereka ditahan kerana memainkan isu perkauman yang boleh menggugat keteteraman awam dan juga menghasut. Apa yang pasti penahanan mereka ini dibuat selepas amaran telah diberikan telebih dahulu kepada semua yang bakal memainkan lagi isu perkauman, menghasut dan menggugat ketenteraman awam.
"3 yang ditahan termsuklah Raja Petra Kamaruddin (Malaysia Today), Teresa Kok (MP Seputeh) dan Tan Hoon Cheng (Sin Chew Daily)"
Pada tarikh 13hd hari anwar telah menerima 3 berita buruk, 3 kes dan juga 3 tanda-tanda yang di pasti tidak dapat membentuk kerajaan pada tarikh yang dicadangkan iaitu 3 hari dari sekarang pada 16hb.
Subscribe to:
Posts (Atom)



