20.5.08

KELUARNYA MANTAN PRESIDEN....!!!!

Kecoh seantero Malaysia pada cuti umum semperna Hari Wesak semalam kerana pengumuman Tun Dr.Mahathir Mohammad keluar dari parti yang dulunya dia sebagai seorang presiden...turut bersama beliau adalah isteri beliau Tun Siti Asmah..... keputusan telah dibuat, pengumuman jua telah di war-warkan....apa lagi yang kita boleh lakukan jika itulah keputusan Tun sendiri.....sebagai anak Malaysia yang lahir ketika Tun sudah pun manjadi Perdana Menteri Malaysia hingga kini hanya baru sahaja bertukar satu tangan, mungkin amat terkejut besar dengan pengumuman itu. sejak sekolah lagi aku meng"admire" Tun in sebagai seorang pemimpin yang sangat hebat dan penuh dengan tindakan yang diluar pemikiran kebanyakkan orang. Nampaknya sesudah meletak jawatan sebagai pemimpin no1 negara, Tun masih ada strategi dan dengan kata lainnya pemikiran yang sangat sukar untuk diduga. walaupun pada pendapat peribadi revo agak tidak boleh menerima syarat yang diberikan oleh Tun kepada Pak Lah...syarat yang memberikan seribu maksud dan pengertian, mengkehendaki Pak Lah berundur sebagai PM dahulu jika inginkan beliau kembali ke pangkuan UMNO... tetapi bagi revo semua ini berlaku akan ada hikmahnya...siapa betul siapa salah bukan persoalannya bagi revo, semua orang berhak bersuara dan mempertahankan diri masing-masing. sebagai PM Malaysia kini revo tetap menyokong Pak Lah dan sebagai mantan PM Tun Mahathir sangat-sangat revo hormati dan contohi...di pandangan mata seorang mantan yang bergelumang selama 23 tahun pasti banyak benda yang tidak relevan dan "sedap" di hatinya..... cuma yang revo harapkan tiada "bangsat-bangsat" yang mengambil kesempatan diatas keadaan ini untuk memecahbelahkan UMNO dan Melayu. walau apa pun yang berlaku sebagai pendukung Ketuanan Malayu kita wajib menjaga bangsa kita.."hati-hatilah dengan mereka yang suka mengambil kesempatan"

No comments: