9.5.08

Sejarah Baru Malaysia

Ikutkan semalam lagi revo nak masuk cerita ni....cerita pasal sejarah baru yang terlakar ni, tetapi memikirkan isu ini agak sensetif dan belum betul-betul di teliti maka ditangguhkan semalam dan hari ini revo cuba menyuarakan isu ini selepas diteliti dan meminta pandangan mereka-mereka yang lebih arif.... Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang yang asalnya adalah seorang berbangsa Cina dan beragama Buddha telah memeluk agama Islam pada 25 Julai 1998 untuk berkhawain dengan seorang warga Iran yang bernama Ferdoun Ashanian....selepas dia ditinggalkan suaminya yang hilang entah ke mana beliau telah memfailkan tuntutan untuk keluar dari Islam semula.... Apa yang menjadi kemuskilan di minda revo, secara rambangnya Tan Ean Huang ini memeluk Islam hanya kerana ingin berkahwin dengan orang yang beragama Islam bukan kerana ingin mendalami dan menganuti agama itu secara langsung...!!!!! pada tarikh 08 Mei 2008 Tan Ean Huang ini dengan secara rasminya telah keluar dari Islam @ murtad dan kembali kepada agama asalnya semula....dengan permohonan murtad ini dibenarkan oleh mahkamah maka tercatit lah sejarah baru dalam Malaysia iaitu kes pertama kebenaran murtad dibenarkan di negara kita..... kes ini akan dijadikan sebagai rujukan pada masa akan datang jika di ambil kira dari sudut perundangan bagi kes-kes yang berkaitan dengan kes seperti ini.....mungkinkah kes Lina Joy yang hangat satu ketika dulu akan dibuka semula oleh peguam-peguam Lian Joy untuk menuntut apa yang mereka tuntut satu ketika dahulu....dan berkemungkinan juga kes Tan Ean Huang ini akan menajdi kes rujukan kes kepada kes Lina Joy akan datang........ Pada revo, kepada semua penduduk yang sedar akan pekara ini sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku, terutama mereka yang berbangsa Melayu dan pasti beragama Islam, kepada umat Islam lain kita perlu bersama-sama dalam mengatasi dan menyelesaikan masalah yang terjadi ini.....banyak pekara yang perlu difikirkan dan di ambil kira untuk mentafsir keseluruhan kes ini.... Syukur kita sebagai rakyat Malaysia kerana pekara ini walaupun usdah berlaku tetapi masih lagi boleh dikawal kerana kita adanya satu panduan atau undang-undang yang diberi nama PERLEMBAGAAN MALAYSIA....revo sebagai generasi yang dikenali kini dengan gelaran generasi Y sangat berterima kasih dengan pejuang-pejuang kita yang terdahulu kerana meyediakan satu panduan yang sangat bermanafaat untuk menjaga kestabilan negara kita...walaupun kini ada individu yang cuma untuk mencabul PERLEMBAGAAN ini.... marilah kita bersama-sama meletakkan kembali perpaduan yang telah dibina di satu tahap yang aman dan damai...??

No comments: